Iklan

Jun 28, 2013

Chalet Pantai Suria Pengkalan Balak

Assalamualaikum....

Hai3x menyusul kembali ;) suka jalan3x pantai x???biasa kita dengar pantai dekat dengan KL adalah PD & Moribkn,kn,kn???tapi pantai ni selalu penuh dengan orang ramaikn,kn,kn??mesti anak2 kecewa bila ibu/bapa cakap tak jadi bercutilah sebab semua bilik penuh!!!!jangan la hampakan perasaan budak2 kecik...sian mereka..."janji msti ditepati"....ooopppsssttt cam pernah dengar ayat itukn!!!pinjam sat.....Now I nak info kat u all' satu tempat yang menarik...kalau fening3x nak cari pantai yang dekat dengan kuala lumpur adalah jeng je jeng3x!!!! Pantai Pengkalan Balak (PPB), Masjid Tanah Melaka...masa perjalan dari KL-PPB cuma ambil masa 11/2 jam sahaja...Pantai ini sudah popular juga tau..try u all google namanye pelbagai entry akan terkeluar =)

Okey saya nak memperkenalkan salah satu chalet yang meletop..ke de ba boooommmmm.... Chalet Pantai Suria Pengkalan Balak Melaka...chalet ni baru beroperasi sekitar tahun 2011...dulu cuma ada 7 bilik now tahun 2013 bilik dia dah bertambah tau ;) semua bilik mempunyai air cond!!!!so pada mereka yang suka percutian yang dekat @singkat waktu2 hujung minggu jemput2lah booking di Chalet Pantai Suria...Sape plan nak buat family day atau hendak buat even jejak kasih ker...boleh sje...kerana tempatnya amat luas klau u all nak buat apa2 game or aktiviti....tempat BBQ disediakan tanpa dikenakan bayaran pun...Sila3x booking sebelum pergi...kerana kebiasaanya di hujung minggu semua bilik penuh....






Aktiviti pantai yang boleh selain dari mandi manda???okey kat chalet Pantai Suria u all's boleh mencari REMIS..apa itu REMIS???Remis boleh dicari dengan mengali pasir pantai sahaja...sila bawa baldi atau plastik untuk mengumpul remis yer...kalau ramai yang mencari banyaklah hasil remis yang korang akan dapat...hehehehe...dah kumpul remis jangan masak terus pulak...remis tuh perlu direndam semalam dengan AIR LAUT bagi menghilangkan pasir2 pada remis....pastu boleh la masak biasanya saya goreng saje perghhhhh sedap tau....selamat mencuba yer ;) sape2 yang hendak naik banana boat pun boleh juga RM10 per person...biasanya budak2 boat akan pusing3x dekat pantai...kalau nak panggil je mereka pasti laju mereka datang....

Tengoklah muka budak2 kalau dapat mandi pantai....xingat dunia!!!

Sunset from Pantai Suria Chalet
Untuk kedai makan yang best dan berhampiran dengan chalet adalah Restoran Seri Bayu...ikan bakar dan sotong goreng tepung dia sedap...balik kampung kami pasti akan makan di sini ;)

Hope korang akan enjoy bila berada di Chalet Pantai Suria...Ingat siapa2 yang hendak bercuti disini perlu booking takut u all akan kecewa kalau sampai semua chalet dah penuh...Selamat Bercuti ^_*

Jun 27, 2013

Langkawi Lagi??Lagi2x Langkawi??

Assalamualaikum...

Hai3x...mmm dh berhabok blog I...dh 3bulan sepi tanpa sebarang entry...Sy sangat sibuk..sibuk bebonar katanya!!!hehehehe..rindu sangat nak berkongsi cerita tentang diri ini...tapi masa amat mencemburi untuk menaip pelbagai cerita3x yg meletop3x dalam masa tiga bulan ini...ok sekarang saya mempunyai masa yang terluang lagi lapang untuk menceritakan aktiviti-aktiviti saya =) ingat x entry sebelum ni saya tulis pasal cuti,cuti & cuti...ok sebenar2nya saya telah pergi bercuti dengan big family ke PULAU LANGKAWI..kali ni saya ke langkawi kerana LIMA'13..jom ikuti kisah & tips perjalanan saya serta big family di Pulau Langkawi...

27 March 2013
Kami berkumpul di shell tol duta pada pukul 11malam.....rombongan Datin Melor sebanyak 3 MPV dan 3 kereta..semua rombongan menepati masa perjalanan...huhu..saya memandu dengan berhemah apabila ada signboard "Zon Perangkap Had Laju"kakakaka...ooopppssttt u all jangan ikut perangai saya yer...saya terpaksa drive ke langkawi kerana husbank penat..so dia nak charges mata...apabila separuh perjalanan kami berhenti rehat tuk mengetea dulu dan penuhkan minyak...dan kami ada singgah Politeknik Syed Sirajuddin untuk mengambil adik yang sedang belajar di situ..Alhamdulilah kami sampai jeti kuala perlis pada 7.00pagi..

28 March 2013
7.00am di jeti Kuala Perlis kami semua sibuk mencari kedai makan untuk breakfast  kedai depan jeti kuala perlis terlalu penuh...walaupun baru pukul 7.00am orang sudah membanjiri jeti untuk mendapatkan tiket ferry ke pulau langkawi...Pasal tiket free en husband telah uruskan dengan pihak ferry Langkawi Ferry Services via fon & fax. Okey ini tips pada mereka3x yang pergi ke langkawi secara beramai2x atau group...Langkawi ferry ada buat"group booking"senang untuk u all kerana boleh set masa/tarikh nak naik ferry tanpa perlu beratur panjang bagi membeli tiket...saya sudah alami kesesakkan lautan manusia di jeti kuala perlis memang panjang queue...keistimewaan group booking bagi 20orang dewasa adalah PERCUMA 1 tiket & 10% diskaun bagi kesemua tiket dewasa..u all perlu bayar hanya untuk 19orang sahaja dan dapat lagi diskaun 10%...so kat sini kami dapat buat penjimatan..hehehe...ingat perlu pastikan u all dapat quation & invoice dari pihak ferry tau..






Kami menaiki ferry pada pukul 11am..kami amat kepenatan so dalam ferry time untuk tidur ZZZzzzz masa perjalanan dari jeti kuala perlis ke jeti langkawi 1 jam 15 minit...Alhamdulilah semua selamat tiba...kami menunggu kereta sewa yang telah ditempah lebih awal...untuk makluman time LIMA semua kereta sewa dan hotel akan naik harga dengan mendadak yer...kami sewa toyota unser, van pregio dan viva...Tips untuk kereta sewa di langkawi u all boleh call nombor ni services terbaik dari ladang Midi 012-5094648 ataupun Abg Man 019-4789213.. Kami menginap di sebuah apartment yang telah d booking oleh Datin Melor...Datin Melor booking melalui mudah.com so u all google2x la sendiri...lupa nk minta contact num dari Datin Melor..hehehee..Sampai apartment budak2 semua mandi di swimming pool yang disediakan..mak3x pulak terus pergi idaman suri nk cuci2x mata + shopping serba sedikit...malam kami hanya duduk di apartment sje...

28 March 2013
Kami semua breakfast nasi lemak dan air nescafe hanya di apartment...kami semua bergerak keluar dari apartment pada pukul 10am untuk pergi melihat aksi3x dan pameran LIMA'13...Seruis u all memang teruja dan best sangat tengok pertunjukan udara...bunyi jet2x memang kuat so bebudak akan takut akan bunyi itu....sama cam qiha..menangis3x dia just nak duduk dalam kereta saje :( mama agak frust coz kena duduk dalam kereta dengan qiha...selepas tengok pertunjukan udara kami semua pergi menaiki kabel car..tips untuk Cable Car pulak....untuk makluman cable car tidak akan beroperasi jika cuaca tidak mengizinkan seperti angin kuat & hujan lebat...so klau pergi tidak dapat naik cable car mesti frustkan!!!so better u all save No Tel Cable Car 04-959 4225 & bila nak menuju ke cana telefon lah tanya cable car beroperasi @ x???services cable car memang terbaik =) okey untuk tips penjimatan tiket untuk kabel car adalah RM15.00..kalau u all sewa kereta dengan Abg Man 019-4789213 u all boleh beli tiket kabel car dengan harga lebih murah...so pada kami yang pergi group memang jimat lorh ;)




Selepas tonton aksi-aksi jet2 pejuang & terjah kabel car..aku sempat singgah Haji Ismail Group yang baru buka..hehehe..Haji Ismail Group dah ada hotel sendiri okey...so siapa-siapa yang gler shopping u all boleh la menginap di hotel Haji Ismail...Atas hotel kt bawah shopping complex...memang bapak banyak duit akan habisssss...heheheeheee...Normally aku singgah Haji Ismail Group beli barang Vantage...hihihi..Serius gler murah u all's klau nak dibandingkan harga dengan keyel...so time ni aku grab 2,3 barang vantage :) Penat berjalan kami balik ke apartment segarkan badan lepas magrib kami pun keluar lagi...jalan3x je kan..Kali ni misi membeli coklat yang telah dikirim oleh kawan2x dan juga membeli sebagai ole3x untuk kawan2x...ambik itu,ambik ini u all's tahu coklat sahaja saya habis dekat RM 200!!!saya akan shopping coklat dekat Langkawi Parade kerana di citu harganya lebih murah dari kedai3x lain =) masing3x borong coklat memang xingat dunia...Kami pun plan nak makan malam di Bamboo Beach Restaurant...seriusly kedai makan sini memang sedap & meletop!!!setiap kali g langkawi pasti aku akan makan di cini...services pun terbaik cepat!!!tapi kami bernasib malang kerana setibanya kami di Bamboo Restaurant...pihak restaurant memberi tahu bahawa lauk sudah habis :( kat sini memang terasa frust sangat3x..baru pukul 10mlm semua dah habis....arghhhhh menci3x!!!!Kami sudah kepenatan sangat..so semua plan makan di tepi jalan berhampiran apartment...so smua setuju..Menu kami makan adalah Nasi Putih, Tomyam, Telur Dadar, Sayur Kailan, Ayam Goreng Kunyit dan Air Sirap(Jug) & Tea O Ais(Jug) u all's tahu berapa bill untuk dinner ini??? dengan muka selamber cashier bagi tahu RM816 sahaja kakak!!!tertelan air liur Mak cik3x oden....kami semua lebih kurang 23orang sahaja dan makan benda yang simple dan mudah siap xde seafood atau bagai3x air pun...air sirap & tea o ais je kami order!!!semua kerana hendak cepat kerana si kecik majority dah tertido dalam van...RM816 kami perlu bayar!!!Mak cik terasa tidak puas hati bukan xboleh bayar..tapi kami mahu tahu cara pengiraan kedai makan ini!!!so cashier tuh cakap la..dia kira "RM 35 per person" Wow.. kedai tepi jalan pun kira per person..ingaT hotel or buffet Ramadan je kira per person....so dipendekkan cter kami meminta cashier kira apa yang kami makan bukan per person...Cashier tu pun dengan muka 1sen kira lah menu3x kami makan...semua kena dalam RM 200...so harga itu amat kami percayalah!!!balik apartment apa lagiiii bergosippppp la masing3x!!!!Inilah kenangan yang xboleh dilupakan di Langkawi...so Tips berhati3x semasa makan di kedai makan tepi jalan di Langkawi yer!!!!Kami makan seafood beramai3x kt Jeram dan air buah lagi selalunya kena dalam RM400++SAHAJA!!!

29 March 2013
Pagi2 lagi kami bersiap untuk ke Awana Porto Malai untuk tengok kapal selam, kapal perang dari negara Bangladesh, Thailand dan Malaysia...teruja u all's dapat tengok dan naik kapal perang KD Jebat Malaysia...abang3x TLDM memberi penerangan yang terbaik akan peralatan dalam kapal tuh...Berhati3x semasa menyusuri laluan dalam kapal bagi mereka yang tinggi...memang kena menunduk apabila sampai di setiap pintu...laluan tangga yang kecik...Seruis memang Best!!!Better pergi pagi-pagi sebab tidak panas dan mudah dapat parking..kami pun sempat bergambar dengan helikopter untuk kenang-kenangan...so kami pun berangkat ke apartment dan terus angkat beg dan menuju ke ferry...perghhhhh lautan manusia penuh di ferry...nak beli tiket bapak panjang queue dia..Alhamdulilah kami dah dapat tiket :) so just menunggu masa naik ferry sje...so Tips tiket ferry...u beli awal3x better time u all's sampai jeti langkawi u all terus ke kaunter tiket beli tiket tuk blk jeti kuala perlis k!!!Sampai jeti kuala perlis kembali...kami ambil kereta dan menuju ke alor star...kami menginap di homestay berhampiran alor star....


30 March 2013
Pagi-pagi kami breakfast nasi lemak, roti canai dan kuih-muih yang di beli berhapiran dengan homestay kami...Alhamdulilah sedap dan murah =) selepas makan kami semua plan pergi ke Muzium Padi Kedah...tanya jalan pada orang2 citu..okey Muzium padi senang untuk dicari...penyusuri jalan kampung penuh dengan padi..cantik sangat!!Tiket masuk RM5 per person...cantik sangat lukisan Muzium Padi..kami bergambar3x dalam muzium padi...


Selesai Muzium Padi kami plan hendak merasa Laksa Teluk Kechai..pusing3x juga la nak mencari laksa ni...jalan sampai sesat ntah kemana2x..hahahha..siap terjumpa jeti tempat naik ikan...mak cik3x oden sempat borong kupang untuk bawak balik kl sebab murah sangat harga dia....Tanya2 orang mana kedai laksa telok kechai..akhirnya kami jumpa...Payah mencari tapi puas dapat juga merasa...sedap juga laksa telok kechai ni....
Inilah LAKSA TELOK KECHAI..BEST!!

Pas perut sudah kenyang hati sudah senang...kami semua menuju ke Pekan Rabu...sahaja nak cuci-cuci mata kat cini aku banyak beli keropok dan kerepek untuk di kunyah masa perjalanan pulang ke kl...semua dah habis bershopping kami semua bergerak balik ke Kuala Lumpur...Alhamdulilah semua selamat tiba di rumah masing-masing...Sekian sahaja percutian kami Langkawi & Kedah...hope u all's dapat la tips untuk persiapan ke cana....Daaaaaaaaaaa =)