Iklan

Jul 30, 2013

Ombak Steamboat Restaurant

Assalamualaikum,

Hari ini NN nak cerita pasal berbuka puasa dengan sahabat sejati dari zaman persekolahan...Perancangan hendak berbuka di Seoul Garden tetapi amat kecewa kerana semua Seoul Garden telah penuh di booking!!!itu dah satu hal, tetiba salah sorang bff call pada hari temujanji berkata dia tidak dapat joint atas faktor tertentu, sedih mendengar luahan hati beliau yang semangat membeli tudung untuk digayakan pada reunion ini, NN call semua bff yang hendak joint tanya pendapat di mana kita akan berbuka di area berhampiran dengan rumah bff yang tidak dapat joint itu. Tidak sangka semua bersetuju!!!Demi sahabat!!! Kita hanya mampu merancang Allah s.w.t yang menentukan, Alhamdulilah Fara (BFF NN) telah menguruskan booking untuk kami di mana dia telah memperkenalkan kedai steamboat melayu iaitu Ombak Steamboat Restaurant di hadapan Giant Kota Damansara....Kedai steamboat ini strategik, senang nak cari...rasanya restaurant steamboat ini masih baru, kerana kedainya kelihatan cantik...untuk steamboat + grill kena duduk kat bawah di tepi jalan & untuk makan steamboat sahaja duduk di atas (Level 1) ada air cond (Tips : Untuk ibu/bapa bw baby better ambil yg steamboat shj kerana di luar panas..kipas terhad..) okey kepada siapa yang nak try sila lah salin maklumat dibawah ;) & jom layan gambar2 sahabat sejati NN =)

Reatauran Ombak Steamboat
27 Jalan PJU 5/20E
The Strand Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
Tel : 603-6143 5599
Hp : 017-901 7847 (Farhana)

Harga
Harga Per Person  RM 29.00 nett
Harga Student       RM 24.00 nett
Harga Kanak2       Tidak Ingat ;)
Pandangan peribadi NN mengenai restaurant steamboat ini...makanan yang disediakan sedap mengenai tekak & selera NN, ayam, daging, sotong, udang, ketam dalam keadaan segar cuma tidak banyak pilihan..air yang disediakan cuma air sirap & teh o panas,..aiskrim ada cuma kalau ada coklat rice, kacang, marshmallow, biskut pjg2 dan coklat cair mesti lagi sedap...
Sebelum berbuka jom kita ambil makanan yang hendak dimakan sahaja okey...Elakkan pembaziran kerana ia amal syaitan ;)

Masterchef yang tidak bertauliah...terima kasih korang...sedap sangat ape yang korang masak..lain kali kita main masak g yer!!

Posing ckit sambil2 menunggu masa untuk berbuka puasa...
Inilah junior2 kami yang mana akan membangunkan Malaysia di masa akan datang...ngeh3x

All in One

Sudah kenyang hati banyak senang..sudah bayar..posing kat depan restauran untuk dijadikan kenangan yang terindah untuk kami...Kerana bukan mudah untuk berjumpa kerana masing2 sudah mempunyai commitment yang tersendiri...Sahabat sejati kita akan kekal hingga hujung nyawa =) Sayang korang sangat2...


Jul 26, 2013

Iklan Raya Yang Dinanti2kan Sudah Keluar..??

Assalamualaikum,

Nak cerita pasal favorite iklan raya yang mana NN akan setia menunggu...iklan ape ek???Iklan raya Petronas lahhhhhh...okey untuk tahun 2013 iklan petronas dah keluar dan ia mengisahkan susah payah seorang ibu...sob3x..wawaaaaa touching okey!!pergorbanan seorang ibu demi memberi pendidikan kepada anak....jom layan...



oooopppsssttt ingat tak iklan Petronas yang ini???silalah layannnnn yang ini pulak..walaupun dah lama tapi sentiasa segar dalam ingatan NN...iklan yang NN tidak boleh lupa sebab lucu, kesepakatan adik beradik, comel dan penuh pengajaran...moh layan yang ini pulok ;)


*Perasaan tak persamaan iklan Petronasa itu???hehehe...watak mak...orang yang sama ;)

* Al-Fatihah kepada mama :'(


Jul 23, 2013

Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan

Assalamualaikum... Selamat berpuasa...pejam celik, pejam celik sudah nak masuk separuh ramadahan kita berpuasa. Bulan Ramadan tahun ini tidak banyak NN makan di luar..semua home made, bersilat di dapur..huhuhu...Alhamdulilah bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang oleh Allah s.w.t untuk berpuasa di Bulan Mulia ini...Ameen..Okey berbalik pada tajuk di atas...macam mana boleh tersesat ke Tanjung Harapan Klang??? 

Sebenarnya semalam dalam pukul 4.00 petang NN pergi visit adik yang kena tahan wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..Dia kena tahan wad sebab faktor muntah2 hampir 20kali..Amat risau akan keadaan kesihatannya serta baby dlm perut en husbandnya telah membawa dia ke hospital..maka adik NN telah pun ditahan kerana badan telah terkurang air...Baby Alhamdulilah sihat dan tiada masalah...semalam sebanyak 6 botol air garam dimasukkan dalam badan beliau...katanya sakit..huhuhu..NN sampai di hospital lepak3x hampir sejam setengah hiburkan budak manja yang suka duduk di bawah ketiak maknya..En husband dia sentiasa di sisi beliau so tidaklah NN & suami risau...Jesteru itu kami pun beredar kerana mahu mencari tempat untuk berbuka puasa... 

Dalam perjalan menuju ke kereta tiba-tiba NN teringat kedai makan di klang, time bercinta cintun ada juga la datang sini...kemanakah???hehehe..NN bagi idea pada En Suami..dan En Suami terus setuju..Alhamdulilah dia masih ingat jalan menuju ke Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan so sesi terjah untuk sesi berbuka puasa di sana-sana3x...

Bertahun-tahun tak datang sini terlalu banyak perubahan...bertambah cantik...teruja sekitar tanjung harapan tambah2x boleh dapat melihat sunset...sungguh indah ciptaanNya..ok dah siap parking di tepi jalan...NN suruh En Suami & Qiha posing3x lah di depan kedai itu...hehehehe...masuk je medan ikan bakar ini terus memilih seafood yang hendak di melantak..hihihi...kat sini ada surau, toilet yang bersih, pekerjanya ramai dan cekap untuk melayan pelanggan...Tonon2 nak la duduk di tepi2 laut..tapi agak kecewa kerana semua telah pun di booking...kepada korang yang bercita-cita hendak makan kat sini & nak mengadap laut sila2lah booking dulu tau...jangan kecewa cam NN...Jom lah kita view gambar2 NN...

Kepada siapa2 yang nak booking sila-sila telefon..memang ramai orang datang makan kat cini...Dua jantung hati kena paksa jadi model untuk NN =)
Ini antara seafood yang sempat NN capture..malu sebenarnya nak ambik2 gambar...coz nampak cam overkan...hahahaha..

Sebelum makanan sampai..apa lagi boleh buat...ambik gambar lorh..banyak g aksi NN...tapi cukuplah picture ni untuk dikongsi ;)

Ok ini lah menu yang kami order...Ketam masak 3 rasa, Sotong Tepung, Tomyam Ayam, Menu wajib telur dadar...Air Asam yang diberikan pada setiap meja amat meletop ok...memang terbaik kuah asap...terasa rugi tidak ambik ikan bakar kerana NN amat kecewa sedikit kerana ketam yang dipilih ketam yang sudah lama...kira xfresh :( part sotong sedap..qiha makan habis okey termasuk janggut sotong...tiada pembaziran

Menu sebelum dan selepas..Alhamdulilah bersyukur dengan rezeki berbuka ini...Kenyang perut & sangat sonang hati.....Semua total makan berbuka kami RM62.30...selepas membuat pembayaran kami pun pulang...Ada rezeki kami datang lagi =)


Jul 12, 2013

"Giveaway Ramadhan By Nabila Medan"



GIVEAWAY RAMADHAN BY NABILAMEDAN
TEKAN BANNER UNTUK SERTAI
Giveaway ini dianjurkan oleh NabilaMedan dan turut dibantu oleh Chocolate A M, JOM Singgah Shoppe, SiGadis Yuyu, Ash SiKutu, Puteri Elaika, Fya Pelangi dan Farhan.
Hadiah-Hadiah Giveaway ini Chocolate Oreo X 1 ,Tasbih Digital X 5, RM10 *cash* X 10, Tafsir Al-Quran (Terjemahan Melayu) X 1, Tudung Bawal X 3, Special Kad Raya + Duit Raya X 4, Kad Raya Special By NM X 5, Barangan Angry Birds X 1
30 PEMENANG DICARI. MUNGKINKAH ANDA?

Jul 11, 2013

Let's Sing Together!!!!

Assalamualaikum,...

Selamat berpuasa untuk hari ke-2.....Semoga puasa kita diberkati & diterima olehNya...InsyAllah...

Bila malam kita menunaikan solat tarawih..Alhamdulilah dah 2malam qiha ikut serta solat tarawih...aksi dia sangat lucu & cute apabila mengikut solat tarawih...budak2 solat tahulah reaksinya pusing sini pusing sana...!!!aku pun jadi tidak berapa khusyuk..ooopppsssttt...hahahaha..

Qiha with Mama

Ok itulah mengalaman aku bertarawih gan qiha...Now Hari ni layan muka buku je tertengok Let's Sing Together!!!apakah itu???ala movie Despicable Me 2 popular lagu Bananaaaaaaaaaa..so cute lagu ni sekarang ada lirik so ley la nyayi kalau bosan2x so nak kongsi gan korang!!!hehehe







Jul 9, 2013

Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum...

Helllluuuuuu korangggg...esok kita akan menyambut Ramadan Al-Mubarak..selamat berpuasa semua!!!!ok untuk topik hari ini saya nak kongsi ikan bakar the best area bangi iaitu Restoran Ana Ikan Bakar Petai..aku tahu kedai makan ini pun dari adik ipar ku...hehehe...hari tuh kami pergi ramai3x...1st time cuba akan rasa nak cuba lagi....so aku repeat untuk kali ke-2..hihihi..pada korang yang terasa nak makan luar malam ni atau untuk berbuka esok3x ker...sila2 gegar restoran ini...

Restoran ikan bakar ni dilengkapi kemudahan taman kanak2...senang lepaskan anak3x main..huhu...ada surau yang selesa dan tandas yang bersih....kepada yang baru nak pergi...jangan terkejut kalau orang terlalu ramai yer...parking sampai tepi2x jalan...itu perkara biasa...yang pasti servicesnya memuaskan (bergantung kepada keadaan semasa) pengalaman saya tunggu ikan bakar dalam 20minit la...harga makanan standard jew...untuk harga ikan,sotong,udang n lala mengikut harga pasaran tau...

So lokasinye korang click sini Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi selamat menjamu selera yer..!!!!

Senarai harge seafood mengikut pasaran semasa
Ni menu favorite kami...menu wajib telur dadar..huhuhu...


Jeng,Jeng,Jeng inilah dia ikan bakar petai....mmg penuh dengan petai lorh.....

Ok ini gambar kasi zoooommmm petai...lalalalalalaa...



Jul 5, 2013

I-City Shah Alam Selangor

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik dahhhh hari jumaaaaatttt...oooohhhh mesti pening nak fikir nak pergi mana weekend ni kan,kan,kan???ok saya nak info tempat yang best untuk kite lawati untuk 1 tempat yang sangat menarik dan cantikkkkkk....I-city Shah Alam....siapa2 yang duduk area kl @ selangor mesti pernah pergi cinikan??pada mereka yang lain negeri saya menyarankan jemputlah datang ke i-city shah alam tempat percutian yang berbaloi3x...Apa ada di I-City???

1.  Water World I-City
Korang jangan nak bawak makanan dari rumah untuk berkelah kat sini yer...kerana sebarang makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam water world I-city...bukan sini saja...tapi semua water world di Malaysia tidak boleh okey!!!Sah3x kalau sudah berendam kita akan berasa laparkan,kan??korang sila3x beli makanan di cafe yang disediakan...harga...mahal!!Lupakan bab di atas now korang tengoklah kegembiraan dan keseronokan kami di sini...memang the best!!!


Race Line kat sini tidak berapa menyabar..Water World Gambang punya sangat mencabar...siap terbang3x lagi tau....

Jelas terpancar keseronakan kami semua...bermain di I-City Water World

Permainan in aku serik nak naik...hahahaha kenapakah??sebab aku boleh tergolek di penghujung gelonsor itu..aduhhhhhh sakit weiiiiii...sweet memory...tapi sebenarnya ramai yang jatuh di penghujung...so drive safely ok!!!pada yang 80Kg tidak boleh naik okey....klau nak naik atas tanggungjawab sendiri dong!!!

Taman Tema Air Kanak2...Ibu bapa dilarang gelonsor bersama2 anak2...huhuhu..safe guard always there!!!

Turnado a.k.a puting beliung yang mengerunkan...aku cuba sekali sahaja...tengok tak takut weiiii...cuba rasa tengok!!!games yang terbaik kt I-CIty Water World...Korang wajib cuba....safe guard ada info yang nenek umur 90thn pun pernah naik turnado ni okey...wat malu la kalau p cini x naik turnado nih.....
 

2.  Snowalk
Pas je main water world kami pun masuk snowalk icity...pesanan khidmat masyarakat...jangan pakai seluar pendek semasa masuk snowalk...kalau kaki boleh tahan kesejukan silakan!!!better pakai kasut + stokin dari rumah....agak3x lupa bawak tidak mengapa kerana disana ada menyediakan boat untuk disewa...RM10 sepasang boat....klau kaki kebal nak pakai selipar pun boleh juga...!!!Serius memang sangat sejuk di dalam snowalk walaupun kami masuk dalam 2petang...kat luar matahari terpacak kepanasan kat dalam pergghhhhhh memang terasa duduk overseas!!!!enjoy beb....


Inilah kami...ooopppssttt baju sejuk memang disediakan sebelum masuk dalam bilik snow......freee sje ;)

Tidak banyak gambar yang hendak dikongsi..kerana semua kesejukan & cepat2 keluar dari bilik snow....hahahahaha..memang nice sangat snow world i-city..xperlu nak p overseas..kt Malaysia pun dah ada sajli..muahahahaha
 
3.  Trick Art Museum
satu tempat yang mengujakan...walaupun aku bukan kaki seni...tapi nampak hasil seni yang dipersembahkan perghhhhh amat mengagumkan...real sangat!!!so apa lagi jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan lukisan yang cantik menarik dan sangat debooommmmm....

Ape mereka ni buat....ooooohhh tidakkkkkkkk!!!!!!!

Aku with qiha =)
Budak yang kepoh...teruja berbenar dia dengan lukisan kat sini...xhbs2x akak2x ambik gmbr adik...abg2x ambik gmbr adik....baru nampak budak ni suka tengok hasil seni...tapi lukisan pun xreti cam aku...lalallalaaa

Papa suka curi telur...ish3x....

Oooohhhhh tidakkkkk kami tidak bersalah!!!!jangan bunuh kami........


Okey habis cerita keseronokkan...so untuk tips penjimatan korang beli tiket via on9...sangat murah tau...kalau walk in harganya berbeza..Click Sini Untuk Dapatkan Tiket I-City ataupun korang boleh dapatkan di Matta Fair...Selamat Bergumbira yer ;)

Jul 4, 2013

Give Us A High-5

Assalamaualaikum...

Wah baru dapat tahu dari BFF yang Air Asia nak buat promosi High-5 pada 8 Julai 2013 (Isnin) start pukul 12 tgh malam.....wwwwwwooooooowwwwwww siapa2 yang berminat untuk fly saat yang ditunggu telah tiba!!!


Sama2 kita nantikan harga tiket AA pada isnin ini...Aku pernah dapat tiket yang giler2 murah dari AA...tapi kini aku rasa harga AA tidak semurah dahulu kala...hehehehe...promosi tiket free tapi airport tax & surcharge mahal..so sebagai pengguna bijak lagi pintar kita kena buat pemilihan yang tepat tau3x...hihihi

Selamat membooking!!!!

Jul 3, 2013

Kerani Pengundian PRU 13

Assalamualaikum....

Hai3x...kali ni nak post celita yang sudah basi..tapi ia merupakan pengalaman yang menarik dan tertarik untuk aku kongsikan....dulu try la apply untuk position yang sama tetapi ditolak atas faktor tidak cukup umur...hihihi....malu saya(blushing) Kali ini aku hanya mencuba mengisi borang melalui rakan suamiku...Alhamdulilah permohonan aku berjaya untuk menjadi Kerani Pengundian di kawasan Petaling Jaya...yeah 1st time aku berjaya untuk menjadi kerani pengundian!!!Pihak majlis perbandaraan menghubungi aku supaya hadir taklimat kerani pengundian...korang tahu taklimat kerani pengundian dijalankan sekitar April 2012..banyak desas desus tarikh pilihan raya ke-13 akhirnya rakyat Malaysia mengundi pada 5 Mei 2013 (Ahad)..

File & buku taklimat yang dibekalkan kepada aku pada hari taklimat



5 Mei 2013
Selepas subuh aku terus bergerak ke sekolah..hehehe (sek mane??rahsia sikit)..Ketua Pusat Mengundi memaklumkan pada aku, aku perlu berada di sekolah pada pukul 7.00am di bilik saluran 8....so aku pun mencarilah..jumpa juga bilik saluran 8..saluran 8 adalah saluran yang terakhir di mana yang bakal mengundi di bilik ini adalah golongan muda dalam lingkungan umur 21thn - 33thn shj!!!

Macam biasa sebelum memulakan tugas kita kenalah briefing..lepas briefing kami ditugaskan untuk menampal poster2 berkaitan...Ok semua siap, maka tiba2 hadirlah wakil dari parti yang bertanding melaporkan diri..Peti Box kosong diikat mati dengan tali dan di seal menggunakan security seal dihadapan parti yang bertanding....pas siap posingkan box berharga itu ditengah2 alam kelas......team aku pun ambik tempat..sorang check nama(1), seorang melakukan tugas mencalit jari(2), seorang memberi kertas undi(3) dan aku di tugaskan menjadi model...oooppssttt not,not...aku kena berdiri di sebelah box undi untuk memastikan kertas undi dimasukkan pada box yang betul(4)....simple sje..hehehe...

Tepat 8.00am pintu dibuka...orang ramai dah beratur..tengok muka semua tak sabar nak mengundi...wah sangat excited budak2 muda nak mengundi...waktu mengundi adalah 8.00am sehingga 5.00pm...now aku terangkan cara2 mengundi...

Cara2 Mengundi
1. Beratur ikut barisan & no3x potong queue!!

2. Bila polis suruh masuk baru u all boleh masuk ke dalam bilik mengundi(bilik darjah)

3. Bagi Kad Pengenalan(I/C) pada kerani pengundi (1) kerana di sini kami akan semak nama dan no ic (tgk muka sama @ tdk dgn ic) di senarai nama yang telah dibekalkan oleh SPR dan kami perlu baca nama dgn kuat..tujuannya untuk memaklumkan pada wakil parti yang anda sudah pun mengundi dan sama2 akan tick/potong nama...Sebelum pulangkan ic kami akan check jari...dimana semasa mengundi jari kena bebas dari sebarang calit...no3x pakai nail polish!!!

4. Kerani (2) akan check lagi jari anda...mmm tengok bertapa telusnya kami menjalankan tanggujawab yang diamanahkan...sampai check 2 kali!!!kalau tiada keraguaan jari anda kami akan calit...huhuhu..seronok main calit tangan orang ni...semua pengundi kena rehda la..klau xrehda kami tidak memberikan kertas undi!!!Alhamdulilah semasa proses mencalit tiada sebarang masalah yang timbul. semua pengundi mengikut arahan..hehehe

5. Siap calit barulah kertas undi diberikan oleh kerani (3) untuk makluman kertas undi yang diberikan tidak mempunyai sebarang nombor yang dicatatkan pada kertas undi itu...so tidak perlu ragu untuk pangkah yang mana pun kerana kita negara demokrasi....

6. Bawa kertas undi di sebalik penghadang rahsia...hihihi...kat situ dibekalkan pen untuk anda pangkah parti yang akan membangunkan negara. Ingat undi adalah rahsia tau!!

7. Siap pangkah so masukkan kertas undi kedalam box undi..box undi yang sangat berharga berada ditengah2 alam bilik darjah...semua orang akan melihatnya..so pas masukkan kertas undi u all's dah menjalankan tanggungjawab pada negara....so boleh keluar dari bilik mengundi...

Simple je kan kita menjalankan tanggungjawab pada negara...hampir 90% orang muda(Melayu, Cina & India) mengundi pada hari tersebut. Serius sangat bangga tengok golongan muda mengundi..so siapa yang dah cukup umur sila2 daftarkan diri anda di SPR yer...tepat pukul 5petang pintu bilik ditutup menandakan hari mengundi telah tamat!!!

Ketua Pusat Mengundi memaklumkan pada kami untuk mencabut poster2 yang ditampal pagi tadi dan menyediakan kotak untuk mengira kertas undi..Untuk mengetahuan u all wakil parti tidak akan berganjak/keluar dari bilik darjah ok!!so kat sini tidak ada isu kotak undi bertambah @ hilang!!

Saat Genting adalah masa mengira undi......
Kotak dilabelkan (kotak Parti yg bertanding, Kotak Rosak & Kotak Ragu) Box yang pagi tadi di ikat mati dibuka di depan wakil parti yang bertanding...kami kena kira kertas undi dalam sepuluh dan ikat...dan kira seratus dan ikat(senang kira)...Ketua Pusat Mengundi akan pastikan jumlah kertas undi yang dikeluarkan(pangkah) akan sama dengan buku undi yang digunakan..(Buku undi mempunyai 50 keping kertas undi sahaja) so total mesti sama okey dengan jumlah orang yang datang mengundi!!!jumlah pengundi yang mengundi perlu dicatit oleh ketua pusat mengundi dan juga wakil parti!!!pengiraan kertas undi yang team aku buat semuanya tepat..dan wakil parti yang bertanding berpuas hati akan pengiraan undi yang dibuat...maka wakil parti pun menandatangani borang yang diberikan oleh ketua pusat mengundi..borang itu juga diberi salinan kepada setiap wakil parti tentang jumlah undi yang diperolehi!!!!borang itu sahaja akan akan dibawak ke pusat kiraan undi....(part ni hanya ketua pusat mengundi sahaja yang buat) so bagi aku proses pengiraan undi yang dijalankan amat jujur dan telus sekali...tidak perlu ragu atau sangsi akan pengiraan undi yang dibuat...untuk yang blackout or peti undi keluar saya tidak alami!!!!Ini pengalaman saya untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia =)

Alhamdulilah kerja yang diamanahkan berjaya aku laksanakan...memang best jadi kerani pengundian...elaun yang diberikan tinggi tau..hehehe...so kita akan mengundi pada 2018..hope dapat peluang lagi untuk menjadi ketua pusat mengudi pulak...ngeh3x...Pada mereka yang dah cukup umur sila2x lah daftar nama di SPR kerana undi anda penentu masa depan negara tercinta....