Iklan

Sep 27, 2013

Pekan Semporna - Part 4

Assalamualaikum,

Kawan2 jom kita view pekan semporna..kecik jew pekan dia 30minit pusing dah habis tawaf pekan semporna, jalan kaki je dari Dragoon Inn Resort..Dari jauh boleh nampak Giant Supermarket..Kat pekan semporna ada banyak kedai makan seafood, ada yang mengadap laut, boleh tengok bot berlumba2x :D ada lebih kurang 5 budjet hotel..Kami makan dekat Restoran Sri Melaka view laut kedai ini buka pada waktu petang sampai ke malam. Bab makanan yang di sediakan biasa2 aje..Lepas kenyang perut kami jalan2 pusing pasar semporna, sempoi r pasar dia harga buah2 tempatan murah seperti pisang sesisir RM2 sahaja..Jom lah tengok gambar pemandangan pekan semporna (^_^)

Inilah Jeti Semporna untuk ke Pulau..
Pekan Semporna yang sesak pada waktu petang
Inilah bangunan yang besar yang ada kat Pekan Semporna
Inilah kedai kami makan malam ;D view laut...
Motor pun naik bot ;)
Nampak tak bot berlumba2 nak masuk parking kat jeti.....Oh yang atap kelabu itulah Dragon Inn Resort
Terambik gambar pulak..xtahu kereta sape..disebabkan sport rim yang cantik adikku pun snaplah..
Simple je pasar kat sini

Lai beli3x..murah3x..Macam2 Ado..
Apakah???kata peniaga ini ubi kayu..oohhh dah jadi mcm ini(muka terkejut)
Antikkan cara pak cik ni meniaga ketam..satu ikat ketam RM3 sahaja
Kalau dah hantu durian..ada je jual kat mana2 pun kami akan beli..ngeh3x
Durian dia isi putih..tengok isi memang tidak menarik tapi rasa dia MeleTOPPP..Tapi kat sana durian amat mahal..
Dah selesai ronda2 pekan semporna now balik bilik nak zzzZzzzz
Eh sebelum snap gambar sat...Di depan Dragon Inn Resort :D
Okey ini aje lah gambar2 untuk gambaran pekan semporna harap blog ini dapat memberi serba sedikit info :D Jangan lupa klik iklan yang ado ;) Thx ya...

Sep 25, 2013

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum,

Jom bersegmen kawan2 :D


Syarat2nya :-

A) Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda.

B) Linkkan terus ke blog mama lah.. seperti biasa anda selalu buat tu...

C) Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga...

D) Nak buat entry atau tidak mama tak kisah... janji anda join cukup dah..

E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama "

F) Like Facebook mama ye, sebelah tu je.. hihi (Takde fb pun takpe)

G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen.

Ujian Allah

Assalamualaikum,

Hari ini aku diberi sedikit ujian dariNya...Apakah???Jom selami luahan hati ini..hehehe..xtvt di pagi hari bersiap3x untuk pergi ke kerja(mencari sesuap nasi)..Faktor kesesakan lalu lintas di waktu puncak menjadikan aku malas hendak membuang masa di dalam kereta. So hari2x encik husband lah yang akan menghantar & mengambil aku..sweet x???menjadi pembonceng setia dan hari2x rempit..hehehe...

Hari ini aku naik motor seperti biasa..wei duk belakang wat relax jer brader... ape lagih nak buat maka aku pun berkhayal lorh :D Tetiba dalam berkhayal aku dikejutkan dari lamunan break emergency...dalam sekelip mata berdentuuuuuummmm a.k.a berciumlah motor en husband dengan kereta myvi berwarna hitam...ooohhhh disebabkan ketangkasan en husband mengawal motor, kami tidak jatuh cuma di sebabkan oleh break emergency, motor pun jadi tidak tentu kehala dan dalam sekelip mata bahagian kaki kiri ku terasa sakit dan apabila di lihat ada kesan calar dan terasa denyutan kesakitan...Aduhhh air mata kesakitan & ketakutan telah menyelubungi diri ini..sob3x...

Empunya kereta keluar dari kereta....tub3x dia nak salahkan kami kerana mencium keretanya..Hello gurgurl u tengok dulu kesalahan u???Terus dia tersentap & terus bertanya u okey???Aku bagitahu suamiku yang kaki aku sakit sangat that gurgurl pun risau tengok diri aku..siap tengok kaki aku yang ada sedikit kesan calar & that gurgurl sangat prihatin untuk menghantar aku ke klinik dengan keretanya..En husband pun turut risau siap tanya nak terus pergi klinik??Aku cakap xpelah xde luka..Tidak mahu panjangkan cerita gurgurl memberi no telefonnya dan kalau ada apa2 dia suh telefon.Kami pun just ambil no plat keretanya..So En Husband bertanya nak pergi klinik ker? Aku cakap xpe lah, nak p kerja (gigih tak saya???) Alhamdulilah aku sampai di tempat kerja seperti biasa..dan sekarang masih terasa denyutan kesakitan & ditambah dengan kesan lebam kebiruan..Usahanya aku lakukan hanyalah dengan menuap kaki ku dengan air panas, harap semua akan okey ;)

Okey korang nak tahu kenapa aku cakap gurgurl tuh salah!!! walaupun kami mencium keretanya???Ini kerana dia seorang pemandu yang pentingkan diri sendiri dengan memandu di laluan emergency!!!Dalam masa dia tengah laju memecut di laluan kecemasan tetiba ada kereta di depannya turut serta memasuki emergency lane tanpa memberi isyarat..maka di situ lah ia bermula, myvi nya membuat break emergency termasuklah suami ku..

Itu sahaja luahan hati aku untuk hari ini..Kepada semua pemandu ikutlah peratuan jalan raya, berilah signal apabila ingin menukar laluan & jangan nak pentingkan diri sendiri dengan mengambil jalan pintas menggunakan laluan kecemasan di waktu kesesakan lalu lintas.

Hikmah luahan hati diuji oleh Nya supaya kita kena lebih berhati2 di masa akan datang :D

Sep 24, 2013

Pulau Mabul - Part 3

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi singgah blog kite...hehehe, Kalau rajin jemput3x click ruang iklan yer =)
Hari ini nak bercerita tentang Pulau Mabul..Yeahhhh Alhamdulilah tercapai gak hasrat yang di pendam2x selama ini nak melihat sendiri Pulau Mabul.

Okey korang ingat tak kisah Lahad Datu??Sebenarnya kami ada niat untuk membatalkan family vacation tuk tahun 2013 kerana fikirkan keselamatan hihihi...cuak okey bila dengar berita pasal Lahad Datu di media massa..Alhamdulilah ketangkasan anggota keselamatan area sana sudah kembali aman..So kami pun meneruskan agenda yang telah pun di booking :)

Untuk ke Pulau Mabul kami mengambil jalan selamat untuk membuat tempahan bot dengan pihak Dragon Inn..Deal gan hotel, bot memang mahal RM400 untuk sehari..Untuk makluman Jeti untuk ke Pulau sangat dekat dengan Dragon Inn(jalan kaki sje dari bilik nmpk lah jetu tuh)..dan Harga bot yang ditawarkan kt jeti lebih murah dalam RM250 untuk 1bot..So kenalah pandai u all nego nanti kt jeti tuh =)

Perjalanan ke Pulau Mabul ambil masa 45minit...Pemandangan ke Pulau Mabul amat menduka citakan...Banyak sampah sarap di lautan itu :( mereka tidak berapa menjaga kebersihan laut...Malu kat pelancong2 asing yang datang :( Hope sangat pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya..

Pulau Mabul merupakan sebuah perkampung, kat situ ada sekolah tau..Sampai di Pulau Mabul wwwwooowww terpegun dengan kecantikan air laut..Ada yang hijau, ada yang biru..Jernih gler...Tapi sayang coral banyak yang dah mati =( ternampak duri landak laut & tapak sulaiman sahaja yang hidup...ikan pun xberapa banyak saya nampak...Saya snorkeling pun xberapa best kerna batu karang dah jadi warna putih dan tidak bercolour2x ceria seperti pulau2 lain..Pengalaman yang best dapat snorkeling di laut biru gelap..bila tengok bawah tak nampak apa2 wei..memang gerun tak tahu berapa jaoh kedalaman laut tuh..Korang kena try..memang the best!!

Menaiki bot untuk ke Pulau Mabul
Saya tidak pasti pelantar apakah, terlupa nak bertanya...
Inilah Pulau Mabul
Cantikkan Air Laut Pulau Mabul
Ohhh jangan terkejut bila korang sampai sini melihat kanak2 ini datang kepada bot korang..coz mereka mencari rezeki dengan meminta sedekah (Terpulang r kat korang nak bagi makanan, duit @ xnak bagi) & jangan terkejut kalau mereka tidak berpakaian yer :D
Snorkeling time..Time kami tengah asyik snorkeling kami ada nampak polis(Bot Hitam) membuat rondaan di Pulau Mabul..So tidak perlu ragu akan keselamatan di sana, InsyAllah selamat semuanya :D
Hasil tangkapan hari ini..Tapak sulaiman...Boleh pegang sahaja okey..xmau seludup masuk dalam beg okey ;D
Wah tengok muka adik saya..gembira bangat!!!Nampak berbeza colour air laut tuh..yang biru gelap tuh la tempat saya tersnockeling..air dia dalam bebenor..gerun mak!!!

Cuba teka ape yang kami sedang buat & lihat???Sape betul saya bagi gula3x :P

Dapat teka x??of course tak kan??Mama terbeli ikan segar...ikan ini baru tangkap tau, dek geram tengok ikan3x ini mama pun belilah 1kg RM4.00 murahkan???Katanye nak hantar kat kedai suruh masakkan...
 
Gambar terakhir untuk Pulau Mabul..Rock x adik ini???Tengoklah airnye memang jernih bangat..Cantik & Indah sungguh ciptaanNya =)



Sep 23, 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Semporna @ Dragon Inn Resort - Part 2

Assalamualaikum,

Nah ni nak buat sambungan pasal Tawau...Sampai Semporna kami singgah makan malam di Semporna Holiday Resort @ Kg Tampi Tampi..Perut dah kenyang kami pun menuju ke Dragon Inn Floating Resort untuk bertidoooooooo..

Kagum & suka sangat tengok pemandangan di Dragon Inn cantik, unik, tertarik menarik dan dabommmmlah...Resort ini atas air..So yang bawak budak kecik berhati-hatilah jap agi ada yang terjun ke bawah...Tengok dari mata kasar airnya cetek di waktu pagi...dan air dalam waktu petang...Harga untuk semalam  RM 95 Standard Double Room..Waktu pagi air nye jerniah siap ley namapak anak ketam yang tomei...Kalau petang aduyaiiii air pasang banyak pulak sampah sarap :( Untuk breakfast Dragon Inn sediakan air teh tarik + roti bakar + telur rebus sahaja yer...nak makan benda lain terpaksalah oder lain ;)

Kalau korang nak booking sila2lah call @ e-mail Dragon Inn, services dia tip top...Jom nengok Dragon Inn dari kamera saya (^_*)

Selamat Datang Ke Dragon Inn

Lai3x jemput masuk semua :D

Hai3x..Salam perkenalan..Selamat Datang ke Dragon Inn...Nama saya Kerapu..saya ikan ori tau :P

Inilah anak2 ketam yang cute3x..bila pagi2 nak pergi breakfast pasti tengok!!!

Semput juga nak berjalan2 di sekitar Dragon Inn nih...






Inilah bilik kami...Ada Astro tapi channel terhad ;)

Itu pintu untuk kebilik air..bilik air yang entik sebab bilik air dia pun diperbuat dari kayu juga..ada lubang2 so jaga2 cik salmah....air yang kita mandi akan jatuh terus ke dalam laut..Hope pihak resort akan buat saluran kerna air sabun boleh merosakkan alam laut =)

Pemandangan Sekitar Dragon Inn

Kena jalan kaki jaoh untuk singgah ke lobby & ke bilik

Kat sini ada aquarium tetapi kami tidak berkesempatan untuk menerjah kerna kepadatan xtvt...Sape yang menginap di sini free je nak masuk aquarium nih..klau orang luar charges RM 2 dikenakan...

View Dragon Inn dari posisi laut


Bergambar kenangan time check out ;)

Terima kasih kerana sudi membaca blog kite...Hope ia akan bermanafaat kepada siapa yang nak pergi ke Semporna ;)



Sep 20, 2013

Tawau - Part 1

Assalamualaikum,

Hari ini happy sangat untuk berkongsi pengalaman semasa bercuti di Tawau. Kenapa pilih Tawau??? ia ini semua kehendaki aku...kerana aku hendak melihat Pulau Mabul yang cantik sangat. Iye aku memang sukakan pulau wei terasa tenang bila kita dapat tengok pemandangan laut yang cukup indah dan cantik sangat3x tambah3x dikelilingi ikan yang banyak2..nak tangkap or pegang dia lari..aduyaiii..Tapi sayang perasaan gabra untuk scuba driving masih lagi takut...so hanya snorkeling dari atas dasar laut sahaja ler..hihihi...Korang doa2kan aku supaya kuat semangat untuk ambil lesen scuba driving nanti yer :D  Kali ni rombongan yang nak follow bercuti ramai bangat, serius happy giler bila dapat bercuti bersama-sama =) Jom view perjalanan aku ke Tawau (^_*)

31 Ogos 2013
Kami pergi LCCT dengan menaiki Jet Bus dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Wah 1st time naik bas dekat TBS suatu pengalaman yang baru kerana sistem kaunter yang boleh menjual semua jenis tiket bas. So u all beratur sahaja dimana2 kaunter yang available untuk membeli tiket ke destinasi yang nak ditujui. Yang terasa wow apabila kat tiket di cetak nama setiap penumpang, class okey sistem pengangkutan awam di Malaysia :D Harga tiket TBS - LCCT cuma RM8 sehala. Tempat pelepasan bagi Jet Bus di Gate 10. 

Inilah dia tiket bus untuk naik Jet Bus ke LCCT 

Posing jap at Gate 10 TBS

Sampai LCCT kami check in luggage untuk ke kargo, dan lepak di Mcd untuk mengalas perut sat. Habis makan kami pun check in untuk masuk ke balai pelepasan hehehe. Flight on time tapiiiiiiiiii dia stuck xnk bergerak pulak...ada masalah teknikal kata kapten huhuhu hampir sejam lebih duk dalam flight..bosan tahap gaban..Dari KL - Tawau mengambil masa 2 jam 50 minit lama juga okey. Alhamdulilah kami selamat tiba di Airport Tawau ;) Bila pergi Sabah & Sarawak kita kena lalu Imigresen Malaysia dulu untuk check in masuk negeri Sabah & Sarawak. Peraturannya kita tidak boleh berada di Sabah & Sarawak lebih 3 bulan. So cetakan yang diberi oleh imigresen perlu di simpan rapi dan perlu di kembalikan apabila kita hendak pulang ke Semenangjung okey.

Pun Gate 10 time nak naik flight

Disebabkan lama dalam flight maka aku telah pun order on9 untuk menu2 ini jimat RM 2. Untuk promosi aku try nasi hujan panas free wajik pulut..wajib pulut tuh keras giler...patah gigi kalau makan, yang best rendang daging sedap au.

Chicken Mayonnaise with apple sedap juga tapi kalau lambat makan keras tau..baling kat ayam, ayam boleh matilah...hehehehe

Spaghetti Chicken nyummmm sedap bangat ;)


En Jainal iaitu pemandu pelancong kami telah pun setia menunggu kami di Airport Tawau. Disebabkan flight delay so dia pun menjadi mangsa keadaan jadi pak tunggu :( maap pak jainal kerna bukan salah kami..sob3x...drama pulak!!Dalam perjalanan berceritalah kami dengan pak cik jainal tentang Tawau & Semporna. Dan kami meminta pak cik jainal bawa kami makan malam di Kg Tampi2. Ini no tel En Jainal kalau2 ada yang nak menggunakan perkhidmatan Van Sewa di area Tawau & Semporna 014-564 5196.

Kg Tampi-Tampi merupakan tempat pengambaran filem Duyong aaallllaaaaa yang maya karin & apek berlakon tuh..hehehe..Nama resort tu adalah Semporna Holiday Resort @ Kg Tampi Tampi memang popular dah sekarang. Nak masuk kawasan resort kena bayar RM 2 dewasa dan RM 1 untuk kanak2..Kalau dulu free sje ;) Air dia jernih sangat dan boleh mandi juga di situ, okey sapa2 berani nak terjun papan anjal silakan lah. Masa kami sampai memang ramailah orang tengah mandi manda. Kami ke citu untuk makan sahaja :D


Air dia jernih sangat..memang terasa nak terjun aje ;)


Inilah dia tempat maya karin kena kurung gan awie dari sedutan filem Duyong ;)


Bergambar family
Ni 1st day sampai Tawau..nak tahu kami tido mana..nantikan entry seterusnya ;) Thanks kerana sudi baca blog ini =)