Iklan

Aug 30, 2013

Merdeka Raya 2013

Assalamualaikum,

Hari jumaat yang mulia dan penghulu segala hari...Hari ini aku hadir ke tadika kemas qiha, untuk turut sama meraikan Merdeka Raya 2013. Pukul 8.00 pagi aku menghantar qiha, kebiasaannya qiha nak papa yang hantar ke tabika!!nasib hari ini dia tidak banyak ragam suruh papa hantar...faktor qiha suka papa hantar kerana ia hendak berdukung apabila menuruni tangga..budak2 sekarang memanglah bijak2 belaka.

Masuk sahaja tabika, kanak2 teruja tengok aku dan qiha kerana baju kami sama. Semua kanak2 berkata "eh baju qiha sama dengan mama dia lah" aku tersenyum je la tengok gelagat kanak2 ni. Aku pun masuk dan bersalam dengan guru tabika dan membantu mereka dalam menyediakan juadah untuk menyambut Merdeka Raya. Kanak2 pula diberi tugas untuk mewarna jalur gemilang, sambil mewarna kelas sudah menjadi seperti pasar...teringat masa zaman2 sekolah, memang tak sah kalau tak bising dalam kelas. Aku bangga tengkok kanak2 ni walaupun bising tapi mereka tetap menyiapkan tugas mewarna jalur gemilang itu...

Pengerusi tabika tiba maka bermulalah acara Merdeka Raya 2013. Pengerusi memberi ucapan dan kanak2 tabika membuat persembahan nyayi lagu Tanggal 31 dan lagu raya Balik Kampung sambil mengibarkan jalur gemilang. Sangat bersemangat mereka menyayi, satu kampung boleh dengar. Selepas menyayi kami semua bergambar kenang2an dan selepas itu apa lagi acara makan sampai baliklah. Menu yang disediakan memang sedap ada nasi impit, rendang ayam, laksa, bihun goreng, nasi lemak, kek2, kuih muih dan macam2 lagi...hehehe

Terima kasih pada cikgu kerana sudi menjemput & Terima kasih cikgu kerana telah mendidik serta menerapkan kanak2 ini untuk mencintai tanah air dengan menyambut Hari Kemerdekaan di tabika. Majlis yang simple tapi amat meriah dengan gelagat kanak2.





Selamat Hari Kebangsaan yang Ke-56 "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".

Aug 28, 2013

Garden Mid Valley

Assalamualaikum,

Okey hari ini nak cerita bab makan lagi...iya saya seorang yang suka makan..kali aku berdating dengan kawan2 office tersayang..Plan last2 minute akhirnya menjadi mereka berdua sudi teman saya untuk membeli barang di Mid Valley dan juga yang terharu mereka sanggup teman saya berbuka puasa. Terima kasih u all's...Sayang korang...Setelah pusing2 mid untuk mencari barang yang di ingini kami pun memilih Restaurant Garden untuk Dinner.

 Tempatnya cantik sangat sesuai untuk mereka yang hendak dating. Menu yang di sedia tidak disertakan dengan penerangan cuma nama menu sahaja tambah2 tiada gambar untuk setiap menu..ooohhh amat sukar untuk membuat pilihan terpaksalah kami banyak tanya dekat waiter...tub3x water pun tidak ingat apa yang ado kat dalam menu yang kami tanya...alohhhh tergelak kami...Bila order ia pulak dia info blender rosak waduh sangat frust kerana kempunan nak minum Iced Blended Cappucino :( so bab minuman terpaksalah ambil yang biasa2 sahaja...Jom view gambar kami & sekitar Garden Mid Valley.

Tempat memang cantik terasa macam nak tidur kat situ aje..hihihi

Menu pilihan kami yang suam2 kuku
Ini lah dia kawan2 yang saya sayang



Aug 27, 2013

Suraya Seafood Kg Baru

Assalamualaikum,

Hari ini nak bercerita tempat makan yang popular dan sentiasa penuh dengan orang ramai. Rasanya kedai makan ini tidak perlu di perkenalkan lagi kerana ia tidak asing kepada penggemar makanan pantai timur dan sawadikappppp makanan thai...setiap makanan yang dihidangkan tidak pernah mengecewakan nico, sedap ok..boleh di katakan hampir setiap petang nico akan menjamu selera di kedai suraya seafood. Pukul 6 petang kedai ini sudah penuh dan kepada pelanggan2 yang sanggup menunggukan akan berlegar-legar mencari meja yang akan kosong dan kadang2 terpaksa buat muka tebal berdiri kat sebelah meja yang sudah nak habis tuh..Begitulah gelagat-gelagat pelanggan2 setia di Suraya Seafood. Bukan sahaja orang melayu sahaja yang suka makan kat sini tetapi mat salleh pun suka tau..kepada kawan2 yang terfikir nak makan di mana petang ini, inilah tempat yang saya cadangkan Restoran Suraya Seafood Kampung Baru berhadapan dengan Bangunan Noor Arfa Batik...Jom view gambar makanan popular di sini....

Ini buku menu Suraya Seafood..Untuk tempahan silalah hubungi nom tel di atas, nico tidak pernah try book pun sebelum ini..normally walk in sahaja..

Menu yang menjadi kegemaran ramai adalah pulut mangga, kerang bakar, nasi bubur berlauk, sup celup, pelbagai jenis kerabu yang paling ramai makan adalah kerabu maggi, tomyam, ikan siakap sahaja yang ada kat kedai ini tau..kiranya kat sini macam2 adalah....so apa lagi selamat menjamu selera yer :D




Aug 26, 2013

Check In Air Asia

Assalamualaikum,

Hari isnin yang blues "Monday Blues" hehehe..hari ni nico bersemangat untuk membuat check in Air Asia. Kenapa AA?Kerana AA membuat promosi dan harga yang ditawarkan amat murah..Kenalah dengan Slogan AA " Now Everyone Can Fly" sekarang ramai cakap Malindo murah...InsyAllah satu hari nanti pasti saya akan cuba..Nico book tiket AA dah dekat 8 bulan tau, dan selalu buat macam gini atas faktor murah dan memang menjimatkan..hehehe...Percutian kali ini akan disertai oleh semua keluarga en suami...yup memang ramai ramai kalau dulu biasanya berjalan hanya seramai 7 orang tapi kali ini van pun akan jadi sardin kot...ooohhh tidak dapat bayangkan...Harga tiket yang nico dapat untuk seorang adalah RM 133 untuk pergi dan balik dari Kuala Lumpur - Tawau, Sabah ;) murahkan??Nico & family akan bertolak ke Tawau hari sabtu ini iaitu 31 Ogos 2013..kiranya kami akan sambut hari kemerdekaan di Sabah :D

Inilah tiket flight untuk hari sabtu ini :D

Nico nak ucapkan terima kasih kepada blogger2 yang berkongsi cerita di Sabah dan blogger Kancil kerana telah membantu nico dalam mencari tempat2 yang menarik disekitar Tawau..Ok nantikan entry nico tentang percutian di Tawau, Sabah dan doakan nico & family selamat pergi dan balik yer :D 

Terima kasih kerana sudi membaca blog nico.

Aug 23, 2013

Penyebaran Buku Yang Boleh Memesongkan Akidah Umat Islam

Assalamualaikum,

Sempena Jumaat yang mulia aku nak kongsi tentang penyebaran buku yang boleh merosakkan akidah orang Islam terutamanya kanak-kanak. Pesanan untuk diri sendiri dan semua umat Islam sila pastikan buku bacaan anak-anak terutama versi kartun. Ini kerana semalam suami aku menunjukkan sebuah buku cerita kartun yang bertajuk "Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritkan". Aku melihat bahagian kulit belakang konon2x nak baca sipnosis cerita, biasalah buku ceritakan malas hendak baca isi didalam terus baca part belakang....senang khatam..hehehe...aku terkejut apabila tengok dibahagian belakang itu ia menyatakan "Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Kerajaan Allah, jangalah segan menulis emel kepada kami" Mulutku terus mengucap Astaghfirullahal'azim buku cerita apa ini???

Suamiku memberitahuku yang dia dapat buku ni di sekitar Tesco Cheras. Ada orang yang tidak bertanggungjawab sengaja memberi dan menyebarkan buku ini. Buku cerita ini diletakkan di dalam bakul motor di sekitar Tesco Cheras. Saya memohon kepada semua umat Islam supaya berhati-hati apabila dapat buku-buku percuma kerana takut ia akan merosakkan akidah kita semua. Korang tengoklah buku ini, kalau-kalau ada dapat cepat2lah buang okey..Semoga Allah melindungi kita semua..ameen.

Inilah Muka Depan Buku Yang Hendak Memesongkan Akidah Umat Islam
Ini bahagian belakang sekali...
Antara isi kandungan dalam buku ini.....

Saya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan buku ini.

 

Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan Islam

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam adalah di haramkan.

 

Rayuan Gereja Katolik ditolak Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas mereka sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik.