Iklan

Jul 3, 2013

Kerani Pengundian PRU 13

Assalamualaikum....

Hai3x...kali ni nak post celita yang sudah basi..tapi ia merupakan pengalaman yang menarik dan tertarik untuk aku kongsikan....dulu try la apply untuk position yang sama tetapi ditolak atas faktor tidak cukup umur...hihihi....malu saya(blushing) Kali ini aku hanya mencuba mengisi borang melalui rakan suamiku...Alhamdulilah permohonan aku berjaya untuk menjadi Kerani Pengundian di kawasan Petaling Jaya...yeah 1st time aku berjaya untuk menjadi kerani pengundian!!!Pihak majlis perbandaraan menghubungi aku supaya hadir taklimat kerani pengundian...korang tahu taklimat kerani pengundian dijalankan sekitar April 2012..banyak desas desus tarikh pilihan raya ke-13 akhirnya rakyat Malaysia mengundi pada 5 Mei 2013 (Ahad)..

File & buku taklimat yang dibekalkan kepada aku pada hari taklimat



5 Mei 2013
Selepas subuh aku terus bergerak ke sekolah..hehehe (sek mane??rahsia sikit)..Ketua Pusat Mengundi memaklumkan pada aku, aku perlu berada di sekolah pada pukul 7.00am di bilik saluran 8....so aku pun mencarilah..jumpa juga bilik saluran 8..saluran 8 adalah saluran yang terakhir di mana yang bakal mengundi di bilik ini adalah golongan muda dalam lingkungan umur 21thn - 33thn shj!!!

Macam biasa sebelum memulakan tugas kita kenalah briefing..lepas briefing kami ditugaskan untuk menampal poster2 berkaitan...Ok semua siap, maka tiba2 hadirlah wakil dari parti yang bertanding melaporkan diri..Peti Box kosong diikat mati dengan tali dan di seal menggunakan security seal dihadapan parti yang bertanding....pas siap posingkan box berharga itu ditengah2 alam kelas......team aku pun ambik tempat..sorang check nama(1), seorang melakukan tugas mencalit jari(2), seorang memberi kertas undi(3) dan aku di tugaskan menjadi model...oooppssttt not,not...aku kena berdiri di sebelah box undi untuk memastikan kertas undi dimasukkan pada box yang betul(4)....simple sje..hehehe...

Tepat 8.00am pintu dibuka...orang ramai dah beratur..tengok muka semua tak sabar nak mengundi...wah sangat excited budak2 muda nak mengundi...waktu mengundi adalah 8.00am sehingga 5.00pm...now aku terangkan cara2 mengundi...

Cara2 Mengundi
1. Beratur ikut barisan & no3x potong queue!!

2. Bila polis suruh masuk baru u all boleh masuk ke dalam bilik mengundi(bilik darjah)

3. Bagi Kad Pengenalan(I/C) pada kerani pengundi (1) kerana di sini kami akan semak nama dan no ic (tgk muka sama @ tdk dgn ic) di senarai nama yang telah dibekalkan oleh SPR dan kami perlu baca nama dgn kuat..tujuannya untuk memaklumkan pada wakil parti yang anda sudah pun mengundi dan sama2 akan tick/potong nama...Sebelum pulangkan ic kami akan check jari...dimana semasa mengundi jari kena bebas dari sebarang calit...no3x pakai nail polish!!!

4. Kerani (2) akan check lagi jari anda...mmm tengok bertapa telusnya kami menjalankan tanggujawab yang diamanahkan...sampai check 2 kali!!!kalau tiada keraguaan jari anda kami akan calit...huhuhu..seronok main calit tangan orang ni...semua pengundi kena rehda la..klau xrehda kami tidak memberikan kertas undi!!!Alhamdulilah semasa proses mencalit tiada sebarang masalah yang timbul. semua pengundi mengikut arahan..hehehe

5. Siap calit barulah kertas undi diberikan oleh kerani (3) untuk makluman kertas undi yang diberikan tidak mempunyai sebarang nombor yang dicatatkan pada kertas undi itu...so tidak perlu ragu untuk pangkah yang mana pun kerana kita negara demokrasi....

6. Bawa kertas undi di sebalik penghadang rahsia...hihihi...kat situ dibekalkan pen untuk anda pangkah parti yang akan membangunkan negara. Ingat undi adalah rahsia tau!!

7. Siap pangkah so masukkan kertas undi kedalam box undi..box undi yang sangat berharga berada ditengah2 alam bilik darjah...semua orang akan melihatnya..so pas masukkan kertas undi u all's dah menjalankan tanggungjawab pada negara....so boleh keluar dari bilik mengundi...

Simple je kan kita menjalankan tanggungjawab pada negara...hampir 90% orang muda(Melayu, Cina & India) mengundi pada hari tersebut. Serius sangat bangga tengok golongan muda mengundi..so siapa yang dah cukup umur sila2 daftarkan diri anda di SPR yer...tepat pukul 5petang pintu bilik ditutup menandakan hari mengundi telah tamat!!!

Ketua Pusat Mengundi memaklumkan pada kami untuk mencabut poster2 yang ditampal pagi tadi dan menyediakan kotak untuk mengira kertas undi..Untuk mengetahuan u all wakil parti tidak akan berganjak/keluar dari bilik darjah ok!!so kat sini tidak ada isu kotak undi bertambah @ hilang!!

Saat Genting adalah masa mengira undi......
Kotak dilabelkan (kotak Parti yg bertanding, Kotak Rosak & Kotak Ragu) Box yang pagi tadi di ikat mati dibuka di depan wakil parti yang bertanding...kami kena kira kertas undi dalam sepuluh dan ikat...dan kira seratus dan ikat(senang kira)...Ketua Pusat Mengundi akan pastikan jumlah kertas undi yang dikeluarkan(pangkah) akan sama dengan buku undi yang digunakan..(Buku undi mempunyai 50 keping kertas undi sahaja) so total mesti sama okey dengan jumlah orang yang datang mengundi!!!jumlah pengundi yang mengundi perlu dicatit oleh ketua pusat mengundi dan juga wakil parti!!!pengiraan kertas undi yang team aku buat semuanya tepat..dan wakil parti yang bertanding berpuas hati akan pengiraan undi yang dibuat...maka wakil parti pun menandatangani borang yang diberikan oleh ketua pusat mengundi..borang itu juga diberi salinan kepada setiap wakil parti tentang jumlah undi yang diperolehi!!!!borang itu sahaja akan akan dibawak ke pusat kiraan undi....(part ni hanya ketua pusat mengundi sahaja yang buat) so bagi aku proses pengiraan undi yang dijalankan amat jujur dan telus sekali...tidak perlu ragu atau sangsi akan pengiraan undi yang dibuat...untuk yang blackout or peti undi keluar saya tidak alami!!!!Ini pengalaman saya untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia =)

Alhamdulilah kerja yang diamanahkan berjaya aku laksanakan...memang best jadi kerani pengundian...elaun yang diberikan tinggi tau..hehehe...so kita akan mengundi pada 2018..hope dapat peluang lagi untuk menjadi ketua pusat mengudi pulak...ngeh3x...Pada mereka yang dah cukup umur sila2x lah daftar nama di SPR kerana undi anda penentu masa depan negara tercinta....

1 comment: