Iklan

Feb 26, 2014

6 Bulan Sudah ;)

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik now saya sudah 6 bulan. Alhamdulilah bersyukur dengan rezeki kurniaan dari yang Maha Esa. Walaupun permulaan amat terseksa dengan morning sickness sekarang 6 bulan semuanya sudah hilang. Baby kat dalam pun duk kick2x, kalau dulu papa suka bercakap2 dengan baby, now qiha a.k.a bakal bergelar kakak sangat rajin kiss dan bercakap2 gan baby. Terasa indah sangat moment macam ini. Okey ini doa yang selalu aku amalkan selepas solat.


"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Dah 6 bulan bersamaan 24 minggu amat sesuai untuk buat scan 4D, Yup aku tidak terkecuali untuk melihat baby di dalam perut dan menyimpan CD sebagai kenangan :D Dulu time qiha kecanggihan sehingga 3D sahaja now dah ada 4D. So nak up to date...aku telah buat appointment di Klinik Perdana area Sg Besi. Hasil 4D amat memuaskan, penjelasan yang diberikan berkenaan perkembangan baby pun bagus sekali siap bergraf2 bagai ;) Baby 2nd pun jenis pemalu bila nak tengok2 dia cepat2 dia tutup muka, hehehe sebijik cam kakak qiha. Kalau dah scan 4D confirm kita nak tahu jantina dia kan,kan???A'ah saya sudah mengetahuinya hihihihi...nantilah kongsi dengan u all's once dah officially okey :)

Okey untuk persiapan baby sudah dibuat sedikit, cuma aku masih menunggu Pureen Warehouse Sales. Bila warehouse sale harga dia murah sedikit tapi yang xbest orang pasti ramai..huhuhu..Benda murah sape tak nak kan!!!Dalam duk menaip post ini terlihat lak warehouse My Dear yang akan di adakan pada 27 Feb - 9 March 2014. Sape2 free jom terjah....



Aku pening fikir pasal breast pump hakikatnya dalam kepala dah set satu brand cuma tidak tahu nak beli kat mana...nak beli on9 takut hati tidak berasa puas, ya la klau beli kat kedai boleh tanya macam2..Sape ada tahu kedai2 breast pump yang murah silalah info saya ;) xkisah lah brand ape2 pun =)

Bab ini pun pening nak di fikirkan, set semasa berpantang/jamu berpantang???Mmmmmmm produk apa yang terbaik eh untuk di gunakan semasa proses pantang, produk yang boleh melangsingkan badan ^_* Pengalaman anak pertama saya menggunakkan produk leesa formula tapi tidak tahu mahu mengekalkan penggunaan produk tersebut atau x..makkkkkkk feninggggggggggggggg!!!!

Untuk bab nak bersalin kat hospital mana?yang ini aku tidak berapa fikirkan sangat kerana bagi aku, kita tidak tahu bila sakit bersalin itu akan tiba..Just kita ada jangkaan hari untuk bersalin berdasarkan tarikh period kita "Kita hanya merancang Allah yang menentukan" So nanti dah mula rasa tanda2 bersalin terjah jew mana2 hospital yang berdekatan dan semoga bersalin ke-2 ini akan di permudahkan seperti bersalinkan kakak qiha..InsyAllah.

Harap u all ley menyelesaikan kepeningan yang aku sedang alami..hihihi 

Ape2 thankz kerana sudi singgah blog kite ;)

Feb 21, 2014

Permata Hati Yang Baik Sangat - Part 2


11 November 2013

Okey now sambungan cerita part 1...Setelah selesai celebrate birthday girls kat kampung. Ahad malam kami bertolak kembali ke Kuala Lumpur. So rutin pada isnin 11 Nov 13 sepatutnya saya dan suami bekerja, qiha ke sekolah. Tapi ntah kenapa hati ku nekad untuk membawa qiha jumpa doktor pakar hidung dan telinga di hospital. Terasa macam tidak patut dibiarkan hingusnya terus meleleh dan berbau busuk. Serius bau dia memang tidak menyenangkan. Maka hari ini aku dan suami cuti dan qiha tidak ke sekolah. Sampai hospital kami membuat proses pendaftaran dan menunggu angka giliran, private hospital so proses dia cepat sikit.

Nombor giliran telah dipanggil, maka kami terus menuju ke bilik doktor. Sebelum masuk lihat nama doktor yang terpampar kat pintu,ooohhhh Dr Amir. Pintu di ketuk cewah cam nak buat skrip drama pulok!!!pesakit iaitu qiha duduk di kerusi rawatan, kami duduk berdepan dengan doktor, dalam bilik tuh ada nurse seorang a.k.a personal assistant doktor kot.

Kami ceritalah kat doktor yang qiha sudah selsema hampir 2 bulan tapi sejak hampir 2 minggu ini hidung dia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan a.k.a busuk sangat. Kami, adalah korek hidung dia menggunakkan cotton bud, yang keluar dari hidung bukanlah tahi hidung tapi seperti nanah berwarna hijau2x.  Kami dah pergi klinik dan hospital, mereka ada buat pemeriksaan kat hidung dan telinga qiha, tapi mereka cuma bagi ubat selsema jew now dah hampir 2 bulan selsema qiha masih tidak elok. Dr Amir terus ambik alatan seperti torch light kecil yang mempunyai lampu dan membuat pemeriksaan pada qiha. Dr Amir suluh aje torch light tuh pada hidung kanan dan kiri qiha, tup3x Dr Amir bagitahu ada benda di dalam ronga hidung anak awak. Hah benda???Muka terkejut!!!klau ada camera di zooooommmm dekat3x memang jelas kelihatan muka teranjat gurgurl dan boboy hehehehe...Benda apa doktor??Dr cakap ada sesuatu dalam ronga hidung qiha, benda tersebut sudah lama berada dalam hidung qiha sebab itulah pernafasan atau ronga hidung qiha berbau. Huh dalam masa 5 minit doktor sudah tahu masalah terhadap hidung anakku???Doktor terus menjelaskan qiha perlu melakukan small operation untuk membuang benda yang telah sekian lama berada di dalam hidung dia. Doktor juga memaklumkan qiha kena warded selama 2 hari 1 malam dan kos perubatan dianggarkan sebanyak RM5,000-RM6,000. Kos ini tinggi kerana qiha terpaksa menggunakan bilik OT a.k.a bilik bedah yang mana mesin alatan bilik bedah memang tinggi kosnya.

Muka aku dan suami berpandangan antara satu sama lain, macam dalam drama melayulah...Ya Allah qiha nak kena masuk bilik bedah?SubhanAllah takutnya dengar..Doktor juga ada tanya pukul berada qiha last makan? Semua sedia maklum kalau nak melakukan sebarang pembedahan seseorang itu perlu puasakan,kan..maka qiha pun terpaksa berpuasa bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga pukul 3petang. Kesian anak mama kecik2 terpaksa masuk bilik bedah. Hanya Allah yang tahu perasaan hati kami pada ketika itu. Lakukanlah doktor janji benda tuh keluar dan anak saya sihat. Proses pendaftaran ward dilakukan oleh nurse, kami hanya membayar deposit yang diminta. Setelah selesai kami naik ke ward tingkat 6 ward ar-raihan, tidak ku sangka datang hanya niat untuk check up qiha akhirnya aku dan qiha terpaksa bermalam di hospital :( Masuk sahaja dalam bilik ward qiha diberi baju colour pink dan nurse datang memberi penerangan mengenai prosedur hospital dan juga kesan2 bius yang akan diberikan pada qiha.

Aku membaca risalah bius dengan penuh tekun dan teliti, walaupun aku dan suami takut kami terpaksa tabahkan diri untuk memberi semangat pada qiha..alahhhhh buat macam tiada benda yang berlaku. Qiha aku biarkan dia bermain di bilik permainan tak nak bagi dia bosan...Sudah masuk tengahari dia sudah mengadu lapar. Alahhh sian anak mama lapar sudah, aku pun memujuk dia supaya dia tidur sambil melayan upin ipin di hp dia terus lena, suami ku pulang ke rumah untuk mengambil keperluan aku dan qiha. Lena qiha tidur dalam dia tidur aku hanya memandang wajahnya yang ayu gitu..air mata ku mengalir dan terus mengalir..Ya Allah kau sembuhkanlah anak ku!!!Hari ini genap umur qiha 4 tahun 1 hari...Pukul 3.00 petang nurse datang memaklumkan qiha sudah boleh turun untuk pergi bilik OT yang terletak di tingkat 3. Aku kejutkan qiha, qiha ditolak oleh nurse aku berada di sisi dia memberi kata-kata semangat. Battery hp pulak dah k.o Ya Allah terasa lambat pulak en suami nak sampai hospital. Aku sempat menghantar massage kepada suami yang kami akan berada di tingkat 3 bilik OT. Terus hp ku mati!!!!Tidak sempat untuk aku merakam gambar qiha ketika berada di bilik OT =(


Qiha ditukarkan baju di pakaikan plastik kat kepala (shower cap). Di bilik menunggu inilah qiha sudah memahami yang mana doktor akan melakukan sesuatu padanya. Aku tidak henti-henti mencium dia dan berzikir di telinga dia..sob3x huawaaaaawaaa air mata ku menitis oooohhhhh aku tidak boleh tunjuk air mata ini pada qiha!!!Mama kena jadi super woman gagah dan perkasa tidak boleh nagis3x(hati ku berkata2). Oooohhhhhh hati ku tidak kuat, qiha dah mula mengeluarkan air mata, ya la kalau tengok keadaan bilik menunggu tuh memang seram kot. Airmata qiha mengalir ke telinga aku mengesat dan terus mengesat, kakak2 kena kuat tau, doktor nak check kakak kejap g..mama tunggu kakak kat luar, kakak dengar cakap doktor tau. mama love u, love u, love u kakak. Nurse memaklumkan Dr Zul akan memberi bius kepada qiha, Dr Zul ada tanya ada baca risalah bius??Aku cakap sudah!!Sy akan bius anak awak sekejap lagi kata doktor zul, Aku nampak muka qiha yang mula rasa ketakutkan..Ya Allah selamatkanlah anak ku!!!nurse menyuruh aku menunggu di luar, Aku mencium qiha dan sempat pesan jangan nagis k dengar cakap doktor kakakkan good girl ;)

Keluar sahaja dari bilik menunggu suami ku sudah ada, tidak sempat dia nak berjumpa gan qiha..Aku melihat Dr Amir masuk bilik OT. Dr Amir akan mengeluarkan benda dari hidung qiha..Aku pelik apa benda yang ada kat dalam hidung qiha??Bukan resdung!!!habis ape eh???Semasa proses menunggu aku hanya mampu berdoa semoga Qiha kuat menghadapi ujian ini. Hampir 20 minit aku menunggu Dr Amir keluar dari bilik OT, huh cepatnya...Tidak sampai 5 minit Dr Amir keluar aku sudah kedengaran suara tangisan yang kuat...Ya Allah anak mama!!!!!!!Nurse keluar memanggil aku..Yup tepat sekali tekaan aku suara qiha menangis...Aku terus menukar selipar yang diberi dan meluru pada qiha..papa terpaksa tunggu di luar..Qiha memang dalam ketakutan, sungguh ketat dia memeluk aku, nurse memaklumkan time dia sedar terus dia menangis...Kakak3x kan kuat orang kuat mana boleh nagis, Alah mamakan dah ada gan kakak...dah3x jangan nagis eh3x hakikatnya mama memang dah nagis!!!!tangan dan kaki qiha mengigil..Qiha nak bangun dari katil, aku terpaksa bertanya pada nurse boleh ker aku mendukung/memeluk qiha..,Nurse datang menolong aku, kerana ditangan dan kaki qiha ada wayar, wayar tersebut untuk mengawal nadi/jantung qiha kot..Aku pun xpasti...Aku terus memeluk qiha dan berselawat bagi menenangkan dia..Hampir 15 minit qiha baru berhenti menangis..nurse memeriksa keadaan qiha dan memaklumkan qiha boleh di bawa ke ward. Alhamdulilah...

Dalam masa aku menenagkan qiha mata ku melihat peralatan yang ada di meja bersebelahan katil qiha. Itulah alatan yang digunakkan Dr Amir untuk mengeluarkan benda dari hidung qiha. Panjang sungguh alat tersebut. Macam manalah doktor buat kat hidung qiha???Aku sempat bertanya pada nurse, apa yang doktor keluarkan dari hidung qiha??nurse memberi botol kepada ku...nurse juga memaklumkan pada ku yang mana hidung qiha akan berdarah kesan dari small operation tersebut. Nurse ward ar raihan tiba untuk menolak qiha naik ke atas. mmmmmmm qiha tak nak baring kat katil pun papa dia yang dukung sampai kat katil. Sampai kat katil hidung qiha mula berdarah..ku sumbatkan tisu supaya ia tidak mengalir keluar. 

Okey now tibalah masanya aku dan suami membuka rahsia botol untuk mengetahui benda yang ada kat dalam hidung qiha..Perghhhhhhhhhhhh ia seperti sebiji kekacanglah!!!!Disebabkan ia masih fresh keluar dari lubang hidung qiha maka benda tersebut tidak nampak dengan jelas kerana masih ada darah dan nanah. Ohhh benda ni lah yang menyebabkan hidung qiha berbau!!!Disebabkan qiha ni CERDIK sesuai sangat dengan maksud namanya cahaya cerdik, jadi aku dan suami membuat soal selidik dengan menunjukkan bahan bukti tersebut. Kakak macam mana benda ni boleh berada dalam hidung kakak??? Korang tahu Permata Hati Ku Yang Baik Sangat menjawab dengan spontan "Saya masukkan biji limau dalam hidung saya masa kat sekolah dan saya lupa nak bagitahu mama" huh mengucap panjang mendengar kata2 qiha..Terasa geli hati mendengar kata2 qiha, mama2x saya masuk biji tuh saya dah hembus keluar tapi biji tuh tak nak kuar dari hidung saya. Saya lupa nak bagitahu mama!!
Darah yang keluar selepas operation, bahan bukti tak sempat nak snap..tapi saya simpan untuk kenangan ;)

Aku dan suami tersenyum dan tergelak mendengar coleteh qiha. Biji limau inilah punca qiha selsema dan hidungnya berbau busuk. Ya Allah terima kasih kerana memberi kesembuhan pada qiha. Tapi qiha tidak boleh makan atau minum selama 6 jam selepas small operation. Dah nampak muka qiha sudah tidak bermaya, nasib cousin dia datang melawat maka qiha bermainlah. Suruh tidur qiha tak nak tidur mungkin perasaan takut belum hilang g..Setiap jam nurse datang memeriksa suhu badan dan tekanan darah qiha. Alhamdulilah semua okey. Tepat pukul 8 aku memberi qiha susu, 3 minit habis susu sebotol..Aku pun menyuap nasi pada qiha laju giler dia makan...mau x seharian berpuasa. Nurse datang bertanya qiha ada muntah tak???Aku cakap qiha okey makan pun selera...Nurse pesan kalau anak puan muntah sila maklumkan. Tepat pukul 10malam papa balik, papa tak boleh tidur sekali, mama jew ley teman qiha. Qiha tidur disisi ku, dia tak nak tidur di katil yang dikhaskan. Maka bermalamlah kami di hospital. Nurse datang 3 jam sekali untuk check qiha. Qiha tidur lena sangat, tenang tengok muka qiha tidur.

Sesudah subuh aku mandikan qiha pukul 7 breakfast sudah terhidang, mama gan qiha makan bersama2. Lepas makan apa lagi aktiviti qiha, p main bilik permainanlah..Tepat pukul 10 pagi Dr Amir datang untuk buat pemeriksaan pada qiha, Dr ada tanya ada tak gel2x keluar dari hidung qiha??Hoh yang warna gelap eh doktor??Doktor cakap ya, gel tuh diletakkan untuk menghalang darah terus keluar..Ooohhh..Macam mana keadaan anak puan? Ohhh dia dah aktif sangat hidung pun dah tak de bau dah...Doktor macam mana biji limau tuh tidak menghalang pernafasan qiha???Doktor cakap kite sebenarnya banyak saluran pernafasan, lagi pun biji tuh terletak betul di atas rongga hidung qiha dan menghalang satu lubang pernafasan qiha sahaja. Sebab itu hidung qiha berbau kerana salah satu saluran pernafasan dia tersekat. Doktor cakap ada kes yang mana biji tuh boleh tumbuh segar dalam rongga hidung kita. Doktor memberi tarikh untuk follow up dan doktor pun cakap qiha boleh discharge hari ni. Alhamdulilah syukur pada Mu Ya Allah mempermudahkan segala urusan hamba mu. Pukul 2petang papa datang kami pun keluar dari ward ;)


Eh malulah kite mama duk snap gambar kite pas mandi..

Jom Breakfast..

Pesanan pada ibu bapa jika simptom selsema tidak hilang pada anak2 dalam masa seminggu anda perlu pergi terus ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut. Hope perkongsian ini dapat memberi maklumat kepada u all's. 
Ok semua saya janji xbuat benda bukan2 lagi ;)


Feb 19, 2014

Permata Hati Yang Baik Sangat - Part 1

Assalamualaikum,

Hari ini nak bercerita tentang cerita lapuk yang tidak akan dilupakan sampai bila2x..Kisah ini berlaku pada tahun lepas..Dimana anak ku ditahan wad bagi menjalankan small operation, Perghhh perasaan time tuh takut, sedih, risau, resah dan gelisah bercampur2 di dalam pemikiran aku. Tidak ku sangka niat hanya membawa qiha datang check up dengan doktor pakar untuk mengetahui pemasalah selsema yang dialaminya menyebabkan qiha terpaksa di tahan wad. Ini adalah pengajaran kepada diri ku supaya tidak leka menjaga amanah Allah s.w.t...Kepada bakal ibu dan ibu2x anda perlu awasi tindak tanduk anak2 kecil yang mana minda dia sangat bijak untuk mencuba atau mempelajari sesuatu. Jom baca kisah kenapa qiha kena tahan wad singgah terpaksa melakukan small operation.

September 2013
Di awal September qiha ada demam, biasalah budak2 demam mungkin disebabkan berjangkit dengan orang sekelilingnya. Bawa qiha pergi klinik, seperti biasa bila sudah demam doktor akan bekalkan ubat demam, antibiotik, selsema + batuk. Alhamdulilah demam dah hilang..yang tak hilang adalah selsema dia, macam pelik sebab antibiotic & ubat selsema sudah habis tapi selsema dia tidak hilang. Masa terus berjalan selsema qiha masih tidak hilang2 agi :(

Oktober 2013
Berakhir September, Oktober menjelma..Hidung di sebelah kanan qiha masih lagi meleleh (hingus)..Ok mama and papa bawak qiha pergi klinik lain pulak kali ni doktor bagi ubat selsema sahaja. Habis sebotol ubat selsema tuh hidung qiha masih lagi melelelelehhhhhhhh...Timbul rasa risau..So pertengahan oktober mama bawa qiha pergi Hospital yang mana ia semi government untuk mendapatkan rawatan lanjut. Time berjumpa doktor aku pun berceritalah pada doktor akan permasalahan anak ku yang selsema hampir sebulan lebih. Doktor membuat pemeriksaan pada hidung dan telinga qiha, dari pemeriksaan doktor, qiha tidak mempunyai apa2 masalah, pernafasan dia okey, buat experiment dengan hembus pernafasan tidak ada masalah, doktor berpendapat mungkin alahan pada habuk2x tuh sebab anak ku masih selsema..Huh terasa lega nokkk!!!Doktor tuh ramah sangat pelbagai2 pertanyaan di aju kan pada qiha, qiha menjawabnya dengan petah sekali..Syabas baby!!Sebelum balik doktor bekalkan 2 jenis ubat selsema yang mana 1 ubat selsema tidak mengantuk dan 1 ubat selsema mengantuk(dos kuat). Disebabkan qiha pergi sekolah pada waktu pagi so dia kena makan ubat selsema yang biasa, pada petang dan malam ubat selsema yang mengantuk, makan je ubat tuh qiha akan terus tido ZZZzzzzzZzz.

November 2013
Korang selsema qiha masih ada!!!!kali nih kami korek2 hidung dia menggunakan cotton bud..U all tahu yang keluar dari hidung dia seperti nanah, perghhhh bau hidungnya BUSUK sangat. Neneknya menyuruh kami membawa qiha jumpa pakar hidung dan telinga sebab keadaan bau hidungnya yang busuk tuh. Aku bertambah pelik dari pemerhatian aku hidung qiha yang berair cuma sebelah kanan sahaja yang sebelah kiri okey. Ada pulak yang cakap ada resdung!!Time nih bermula perasaan takut sebab dah lama kot qiha selsema. Usaha pergi klinik dan hospital telah dilakukan, 

Huuuhhh dugaan2x bulan November dimana bulan kelahiran qiha..Plan celebrate birthday girl's di utamakan dahulu hehehe, masalah hidung qiha aku ketepikan dulu...Alhamdulilah sudah alang2x celebrate birthday, big family terus mengadakan kenduri kecik untuk tahlil arwah dan doa selamat di kampung..Wah time ni tengok qiha happy sangat biasalah budak2 tiap2 bulan tanya mama bila nak buat hari jadi saya, akhirnya pada 10 Nov 2013 majlis birthday's qiha telah berlangsung banyak sponsor diterima cewahhh ;) Normally qiha akan celebrate birthday gan cousin dia iaitu Syahid di mana tarikh lahir mereka sama cuma Syahid 5 tahun..mmmmm tarikh lahir sama perangai pun sama gak..hehehe. So inilah rutin tahunan yang masih di kekalkan celebrate birthday bersama2 sangat meriah bila semua big family berkumpul =) Walaupun hidung berhingus qiha tetap aktif berlari berkejaran dengan sepupu sepapatnya.

Sambungan cerita pada part 2 hehehehe..

Feb 18, 2014

Semangat Kembali

Assalamualaikum,

Hai3x semua, lama sesangat2x aku menyepi dalam dunia blogging ini..rindu sangat nak berceloteh kat sini tapi apakan daya kesibukan diri ini dengan morning sickness yang masih tidak hilang2x lagi...Kini ia tidak seteruk di awal 1st trimester..Alhamdulilah morning sickness kali ini menjadikan berat badan ku naik menjadi2x huh dah makin cubby u all's..Kalau dulu anak 1st berat badan ku berkurangan tapi untuk anak ke-2 agak berbeda gitu..Setiap kali check up berat badan ku bertambah 3KG huh nak pengsan dengar tapi itulah hakikatnya..Faktor berat yang bertambah2x aku cepat malas, cepat penat, semputtttt dan seangkatan dengannya..hehehe.. Ini adalah salah satu sebab aku menyepi dari dunia blog ;) InsyAllah Semangat ku telah kembali untuk share cerita2x mengenai pengalaman diri ini (^_*)

Terima kasih kepada blog3x yang sudi singgah blog kite...tersenyum bila buka blog banyak comment3x yang ditinggalkan..Semoga entry3x yang di publish memberi sedikit manafaat pada u all's. Nuffnang pun bermurah hati bagi kite CPUV tapi time tuh kite xaktif so hasilnya tidak memberangsangkan kerana promosi tidak dijalankan hihihi..Apa2 pun thankz nuffnang!Hope dapat g next time ;)

Morning Sickness
Meh baca Morning Sickness diri ini..Bila disahkan mengandung pada minggu ke-5 aku tidak rasa apa2 lagi, steady lagi berahsia dari family tonon3x nak buat suprise..1st baby awal2x g dia duk bagi signal nak bluekkk bahasa sopan vomit hihihi...Tapi sebenarnya tak lama pun nak berahsia kerana sejarah vomit berulang kembali seperti mana 1st baby..Rahsia ku bocor..hehehe!!!Tak larat asyik bluek3x so Doktor ada beri ubat tahan muntah namanya Veloxin  Alhamdulilah memang berkesan tidak muntah pun. Tapi bau3x tumis3x/masak2x sangat xley dibau arghhhh hingga kini!!!

Korang tahu hormon aku berubah jadi lain sangat3x..aku tidak suka nak reply message dari kawan2x jika rasa penting aje aku akan reply, begitu juga muka buku terasa malas sangat nak nengoknya..ntah tidak tahu kenapa malas nak pegang gajet...BFF ku semua pelik bila aku terus menyepi, Terharu tau bila kwn2 windu kt kite ;) Once diri ini dah stabil baru aku reply message2x yang tertunggak..kikiki...begini jugalah dengan blog..

Ok lah ini je lah dulu coleteh ketidakkeruan diri ini..