Iklan

Feb 21, 2014

Permata Hati Yang Baik Sangat - Part 2


11 November 2013

Okey now sambungan cerita part 1...Setelah selesai celebrate birthday girls kat kampung. Ahad malam kami bertolak kembali ke Kuala Lumpur. So rutin pada isnin 11 Nov 13 sepatutnya saya dan suami bekerja, qiha ke sekolah. Tapi ntah kenapa hati ku nekad untuk membawa qiha jumpa doktor pakar hidung dan telinga di hospital. Terasa macam tidak patut dibiarkan hingusnya terus meleleh dan berbau busuk. Serius bau dia memang tidak menyenangkan. Maka hari ini aku dan suami cuti dan qiha tidak ke sekolah. Sampai hospital kami membuat proses pendaftaran dan menunggu angka giliran, private hospital so proses dia cepat sikit.

Nombor giliran telah dipanggil, maka kami terus menuju ke bilik doktor. Sebelum masuk lihat nama doktor yang terpampar kat pintu,ooohhhh Dr Amir. Pintu di ketuk cewah cam nak buat skrip drama pulok!!!pesakit iaitu qiha duduk di kerusi rawatan, kami duduk berdepan dengan doktor, dalam bilik tuh ada nurse seorang a.k.a personal assistant doktor kot.

Kami ceritalah kat doktor yang qiha sudah selsema hampir 2 bulan tapi sejak hampir 2 minggu ini hidung dia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan a.k.a busuk sangat. Kami, adalah korek hidung dia menggunakkan cotton bud, yang keluar dari hidung bukanlah tahi hidung tapi seperti nanah berwarna hijau2x.  Kami dah pergi klinik dan hospital, mereka ada buat pemeriksaan kat hidung dan telinga qiha, tapi mereka cuma bagi ubat selsema jew now dah hampir 2 bulan selsema qiha masih tidak elok. Dr Amir terus ambik alatan seperti torch light kecil yang mempunyai lampu dan membuat pemeriksaan pada qiha. Dr Amir suluh aje torch light tuh pada hidung kanan dan kiri qiha, tup3x Dr Amir bagitahu ada benda di dalam ronga hidung anak awak. Hah benda???Muka terkejut!!!klau ada camera di zooooommmm dekat3x memang jelas kelihatan muka teranjat gurgurl dan boboy hehehehe...Benda apa doktor??Dr cakap ada sesuatu dalam ronga hidung qiha, benda tersebut sudah lama berada dalam hidung qiha sebab itulah pernafasan atau ronga hidung qiha berbau. Huh dalam masa 5 minit doktor sudah tahu masalah terhadap hidung anakku???Doktor terus menjelaskan qiha perlu melakukan small operation untuk membuang benda yang telah sekian lama berada di dalam hidung dia. Doktor juga memaklumkan qiha kena warded selama 2 hari 1 malam dan kos perubatan dianggarkan sebanyak RM5,000-RM6,000. Kos ini tinggi kerana qiha terpaksa menggunakan bilik OT a.k.a bilik bedah yang mana mesin alatan bilik bedah memang tinggi kosnya.

Muka aku dan suami berpandangan antara satu sama lain, macam dalam drama melayulah...Ya Allah qiha nak kena masuk bilik bedah?SubhanAllah takutnya dengar..Doktor juga ada tanya pukul berada qiha last makan? Semua sedia maklum kalau nak melakukan sebarang pembedahan seseorang itu perlu puasakan,kan..maka qiha pun terpaksa berpuasa bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga pukul 3petang. Kesian anak mama kecik2 terpaksa masuk bilik bedah. Hanya Allah yang tahu perasaan hati kami pada ketika itu. Lakukanlah doktor janji benda tuh keluar dan anak saya sihat. Proses pendaftaran ward dilakukan oleh nurse, kami hanya membayar deposit yang diminta. Setelah selesai kami naik ke ward tingkat 6 ward ar-raihan, tidak ku sangka datang hanya niat untuk check up qiha akhirnya aku dan qiha terpaksa bermalam di hospital :( Masuk sahaja dalam bilik ward qiha diberi baju colour pink dan nurse datang memberi penerangan mengenai prosedur hospital dan juga kesan2 bius yang akan diberikan pada qiha.

Aku membaca risalah bius dengan penuh tekun dan teliti, walaupun aku dan suami takut kami terpaksa tabahkan diri untuk memberi semangat pada qiha..alahhhhh buat macam tiada benda yang berlaku. Qiha aku biarkan dia bermain di bilik permainan tak nak bagi dia bosan...Sudah masuk tengahari dia sudah mengadu lapar. Alahhh sian anak mama lapar sudah, aku pun memujuk dia supaya dia tidur sambil melayan upin ipin di hp dia terus lena, suami ku pulang ke rumah untuk mengambil keperluan aku dan qiha. Lena qiha tidur dalam dia tidur aku hanya memandang wajahnya yang ayu gitu..air mata ku mengalir dan terus mengalir..Ya Allah kau sembuhkanlah anak ku!!!Hari ini genap umur qiha 4 tahun 1 hari...Pukul 3.00 petang nurse datang memaklumkan qiha sudah boleh turun untuk pergi bilik OT yang terletak di tingkat 3. Aku kejutkan qiha, qiha ditolak oleh nurse aku berada di sisi dia memberi kata-kata semangat. Battery hp pulak dah k.o Ya Allah terasa lambat pulak en suami nak sampai hospital. Aku sempat menghantar massage kepada suami yang kami akan berada di tingkat 3 bilik OT. Terus hp ku mati!!!!Tidak sempat untuk aku merakam gambar qiha ketika berada di bilik OT =(


Qiha ditukarkan baju di pakaikan plastik kat kepala (shower cap). Di bilik menunggu inilah qiha sudah memahami yang mana doktor akan melakukan sesuatu padanya. Aku tidak henti-henti mencium dia dan berzikir di telinga dia..sob3x huawaaaaawaaa air mata ku menitis oooohhhhh aku tidak boleh tunjuk air mata ini pada qiha!!!Mama kena jadi super woman gagah dan perkasa tidak boleh nagis3x(hati ku berkata2). Oooohhhhhh hati ku tidak kuat, qiha dah mula mengeluarkan air mata, ya la kalau tengok keadaan bilik menunggu tuh memang seram kot. Airmata qiha mengalir ke telinga aku mengesat dan terus mengesat, kakak2 kena kuat tau, doktor nak check kakak kejap g..mama tunggu kakak kat luar, kakak dengar cakap doktor tau. mama love u, love u, love u kakak. Nurse memaklumkan Dr Zul akan memberi bius kepada qiha, Dr Zul ada tanya ada baca risalah bius??Aku cakap sudah!!Sy akan bius anak awak sekejap lagi kata doktor zul, Aku nampak muka qiha yang mula rasa ketakutkan..Ya Allah selamatkanlah anak ku!!!nurse menyuruh aku menunggu di luar, Aku mencium qiha dan sempat pesan jangan nagis k dengar cakap doktor kakakkan good girl ;)

Keluar sahaja dari bilik menunggu suami ku sudah ada, tidak sempat dia nak berjumpa gan qiha..Aku melihat Dr Amir masuk bilik OT. Dr Amir akan mengeluarkan benda dari hidung qiha..Aku pelik apa benda yang ada kat dalam hidung qiha??Bukan resdung!!!habis ape eh???Semasa proses menunggu aku hanya mampu berdoa semoga Qiha kuat menghadapi ujian ini. Hampir 20 minit aku menunggu Dr Amir keluar dari bilik OT, huh cepatnya...Tidak sampai 5 minit Dr Amir keluar aku sudah kedengaran suara tangisan yang kuat...Ya Allah anak mama!!!!!!!Nurse keluar memanggil aku..Yup tepat sekali tekaan aku suara qiha menangis...Aku terus menukar selipar yang diberi dan meluru pada qiha..papa terpaksa tunggu di luar..Qiha memang dalam ketakutan, sungguh ketat dia memeluk aku, nurse memaklumkan time dia sedar terus dia menangis...Kakak3x kan kuat orang kuat mana boleh nagis, Alah mamakan dah ada gan kakak...dah3x jangan nagis eh3x hakikatnya mama memang dah nagis!!!!tangan dan kaki qiha mengigil..Qiha nak bangun dari katil, aku terpaksa bertanya pada nurse boleh ker aku mendukung/memeluk qiha..,Nurse datang menolong aku, kerana ditangan dan kaki qiha ada wayar, wayar tersebut untuk mengawal nadi/jantung qiha kot..Aku pun xpasti...Aku terus memeluk qiha dan berselawat bagi menenangkan dia..Hampir 15 minit qiha baru berhenti menangis..nurse memeriksa keadaan qiha dan memaklumkan qiha boleh di bawa ke ward. Alhamdulilah...

Dalam masa aku menenagkan qiha mata ku melihat peralatan yang ada di meja bersebelahan katil qiha. Itulah alatan yang digunakkan Dr Amir untuk mengeluarkan benda dari hidung qiha. Panjang sungguh alat tersebut. Macam manalah doktor buat kat hidung qiha???Aku sempat bertanya pada nurse, apa yang doktor keluarkan dari hidung qiha??nurse memberi botol kepada ku...nurse juga memaklumkan pada ku yang mana hidung qiha akan berdarah kesan dari small operation tersebut. Nurse ward ar raihan tiba untuk menolak qiha naik ke atas. mmmmmmm qiha tak nak baring kat katil pun papa dia yang dukung sampai kat katil. Sampai kat katil hidung qiha mula berdarah..ku sumbatkan tisu supaya ia tidak mengalir keluar. 

Okey now tibalah masanya aku dan suami membuka rahsia botol untuk mengetahui benda yang ada kat dalam hidung qiha..Perghhhhhhhhhhhh ia seperti sebiji kekacanglah!!!!Disebabkan ia masih fresh keluar dari lubang hidung qiha maka benda tersebut tidak nampak dengan jelas kerana masih ada darah dan nanah. Ohhh benda ni lah yang menyebabkan hidung qiha berbau!!!Disebabkan qiha ni CERDIK sesuai sangat dengan maksud namanya cahaya cerdik, jadi aku dan suami membuat soal selidik dengan menunjukkan bahan bukti tersebut. Kakak macam mana benda ni boleh berada dalam hidung kakak??? Korang tahu Permata Hati Ku Yang Baik Sangat menjawab dengan spontan "Saya masukkan biji limau dalam hidung saya masa kat sekolah dan saya lupa nak bagitahu mama" huh mengucap panjang mendengar kata2 qiha..Terasa geli hati mendengar kata2 qiha, mama2x saya masuk biji tuh saya dah hembus keluar tapi biji tuh tak nak kuar dari hidung saya. Saya lupa nak bagitahu mama!!
Darah yang keluar selepas operation, bahan bukti tak sempat nak snap..tapi saya simpan untuk kenangan ;)

Aku dan suami tersenyum dan tergelak mendengar coleteh qiha. Biji limau inilah punca qiha selsema dan hidungnya berbau busuk. Ya Allah terima kasih kerana memberi kesembuhan pada qiha. Tapi qiha tidak boleh makan atau minum selama 6 jam selepas small operation. Dah nampak muka qiha sudah tidak bermaya, nasib cousin dia datang melawat maka qiha bermainlah. Suruh tidur qiha tak nak tidur mungkin perasaan takut belum hilang g..Setiap jam nurse datang memeriksa suhu badan dan tekanan darah qiha. Alhamdulilah semua okey. Tepat pukul 8 aku memberi qiha susu, 3 minit habis susu sebotol..Aku pun menyuap nasi pada qiha laju giler dia makan...mau x seharian berpuasa. Nurse datang bertanya qiha ada muntah tak???Aku cakap qiha okey makan pun selera...Nurse pesan kalau anak puan muntah sila maklumkan. Tepat pukul 10malam papa balik, papa tak boleh tidur sekali, mama jew ley teman qiha. Qiha tidur disisi ku, dia tak nak tidur di katil yang dikhaskan. Maka bermalamlah kami di hospital. Nurse datang 3 jam sekali untuk check qiha. Qiha tidur lena sangat, tenang tengok muka qiha tidur.

Sesudah subuh aku mandikan qiha pukul 7 breakfast sudah terhidang, mama gan qiha makan bersama2. Lepas makan apa lagi aktiviti qiha, p main bilik permainanlah..Tepat pukul 10 pagi Dr Amir datang untuk buat pemeriksaan pada qiha, Dr ada tanya ada tak gel2x keluar dari hidung qiha??Hoh yang warna gelap eh doktor??Doktor cakap ya, gel tuh diletakkan untuk menghalang darah terus keluar..Ooohhh..Macam mana keadaan anak puan? Ohhh dia dah aktif sangat hidung pun dah tak de bau dah...Doktor macam mana biji limau tuh tidak menghalang pernafasan qiha???Doktor cakap kite sebenarnya banyak saluran pernafasan, lagi pun biji tuh terletak betul di atas rongga hidung qiha dan menghalang satu lubang pernafasan qiha sahaja. Sebab itu hidung qiha berbau kerana salah satu saluran pernafasan dia tersekat. Doktor cakap ada kes yang mana biji tuh boleh tumbuh segar dalam rongga hidung kita. Doktor memberi tarikh untuk follow up dan doktor pun cakap qiha boleh discharge hari ni. Alhamdulilah syukur pada Mu Ya Allah mempermudahkan segala urusan hamba mu. Pukul 2petang papa datang kami pun keluar dari ward ;)


Eh malulah kite mama duk snap gambar kite pas mandi..

Jom Breakfast..

Pesanan pada ibu bapa jika simptom selsema tidak hilang pada anak2 dalam masa seminggu anda perlu pergi terus ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut. Hope perkongsian ini dapat memberi maklumat kepada u all's. 
Ok semua saya janji xbuat benda bukan2 lagi ;)


2 comments: