Iklan

Feb 19, 2014

Permata Hati Yang Baik Sangat - Part 1

Assalamualaikum,

Hari ini nak bercerita tentang cerita lapuk yang tidak akan dilupakan sampai bila2x..Kisah ini berlaku pada tahun lepas..Dimana anak ku ditahan wad bagi menjalankan small operation, Perghhh perasaan time tuh takut, sedih, risau, resah dan gelisah bercampur2 di dalam pemikiran aku. Tidak ku sangka niat hanya membawa qiha datang check up dengan doktor pakar untuk mengetahui pemasalah selsema yang dialaminya menyebabkan qiha terpaksa di tahan wad. Ini adalah pengajaran kepada diri ku supaya tidak leka menjaga amanah Allah s.w.t...Kepada bakal ibu dan ibu2x anda perlu awasi tindak tanduk anak2 kecil yang mana minda dia sangat bijak untuk mencuba atau mempelajari sesuatu. Jom baca kisah kenapa qiha kena tahan wad singgah terpaksa melakukan small operation.

September 2013
Di awal September qiha ada demam, biasalah budak2 demam mungkin disebabkan berjangkit dengan orang sekelilingnya. Bawa qiha pergi klinik, seperti biasa bila sudah demam doktor akan bekalkan ubat demam, antibiotik, selsema + batuk. Alhamdulilah demam dah hilang..yang tak hilang adalah selsema dia, macam pelik sebab antibiotic & ubat selsema sudah habis tapi selsema dia tidak hilang. Masa terus berjalan selsema qiha masih tidak hilang2 agi :(

Oktober 2013
Berakhir September, Oktober menjelma..Hidung di sebelah kanan qiha masih lagi meleleh (hingus)..Ok mama and papa bawak qiha pergi klinik lain pulak kali ni doktor bagi ubat selsema sahaja. Habis sebotol ubat selsema tuh hidung qiha masih lagi melelelelehhhhhhhh...Timbul rasa risau..So pertengahan oktober mama bawa qiha pergi Hospital yang mana ia semi government untuk mendapatkan rawatan lanjut. Time berjumpa doktor aku pun berceritalah pada doktor akan permasalahan anak ku yang selsema hampir sebulan lebih. Doktor membuat pemeriksaan pada hidung dan telinga qiha, dari pemeriksaan doktor, qiha tidak mempunyai apa2 masalah, pernafasan dia okey, buat experiment dengan hembus pernafasan tidak ada masalah, doktor berpendapat mungkin alahan pada habuk2x tuh sebab anak ku masih selsema..Huh terasa lega nokkk!!!Doktor tuh ramah sangat pelbagai2 pertanyaan di aju kan pada qiha, qiha menjawabnya dengan petah sekali..Syabas baby!!Sebelum balik doktor bekalkan 2 jenis ubat selsema yang mana 1 ubat selsema tidak mengantuk dan 1 ubat selsema mengantuk(dos kuat). Disebabkan qiha pergi sekolah pada waktu pagi so dia kena makan ubat selsema yang biasa, pada petang dan malam ubat selsema yang mengantuk, makan je ubat tuh qiha akan terus tido ZZZzzzzzZzz.

November 2013
Korang selsema qiha masih ada!!!!kali nih kami korek2 hidung dia menggunakan cotton bud..U all tahu yang keluar dari hidung dia seperti nanah, perghhhh bau hidungnya BUSUK sangat. Neneknya menyuruh kami membawa qiha jumpa pakar hidung dan telinga sebab keadaan bau hidungnya yang busuk tuh. Aku bertambah pelik dari pemerhatian aku hidung qiha yang berair cuma sebelah kanan sahaja yang sebelah kiri okey. Ada pulak yang cakap ada resdung!!Time nih bermula perasaan takut sebab dah lama kot qiha selsema. Usaha pergi klinik dan hospital telah dilakukan, 

Huuuhhh dugaan2x bulan November dimana bulan kelahiran qiha..Plan celebrate birthday girl's di utamakan dahulu hehehe, masalah hidung qiha aku ketepikan dulu...Alhamdulilah sudah alang2x celebrate birthday, big family terus mengadakan kenduri kecik untuk tahlil arwah dan doa selamat di kampung..Wah time ni tengok qiha happy sangat biasalah budak2 tiap2 bulan tanya mama bila nak buat hari jadi saya, akhirnya pada 10 Nov 2013 majlis birthday's qiha telah berlangsung banyak sponsor diterima cewahhh ;) Normally qiha akan celebrate birthday gan cousin dia iaitu Syahid di mana tarikh lahir mereka sama cuma Syahid 5 tahun..mmmmm tarikh lahir sama perangai pun sama gak..hehehe. So inilah rutin tahunan yang masih di kekalkan celebrate birthday bersama2 sangat meriah bila semua big family berkumpul =) Walaupun hidung berhingus qiha tetap aktif berlari berkejaran dengan sepupu sepapatnya.

Sambungan cerita pada part 2 hehehehe..

No comments:

Post a Comment