Pejam celik, pejam celik now saya sudah 6 bulan. Alhamdulilah bersyukur dengan rezeki kurniaan dari yang Maha Esa. Walaupun permulaan amat terseksa dengan morning sickness sekarang 6 bulan semuanya sudah hilang. Baby kat dalam pun duk kick2x, kalau dulu papa suka bercakap2 dengan baby, now qiha a.k.a bakal bergelar kakak sangat rajin kiss dan bercakap2 gan baby. Terasa indah sangat moment macam ini. Okey ini doa yang selalu aku amalkan selepas solat.
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam
perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada
penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan
penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang
baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan
selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan
pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan
baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk
membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala
puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
Dah 6 bulan bersamaan 24 minggu amat sesuai untuk buat scan 4D, Yup aku tidak terkecuali untuk melihat baby di dalam perut dan menyimpan CD sebagai kenangan :D Dulu time qiha kecanggihan sehingga 3D sahaja now dah ada 4D. So nak up to date...aku telah buat appointment di Klinik Perdana area Sg Besi. Hasil 4D amat memuaskan, penjelasan yang diberikan berkenaan perkembangan baby pun bagus sekali siap bergraf2 bagai ;) Baby 2nd pun jenis pemalu bila nak tengok2 dia cepat2 dia tutup muka, hehehe sebijik cam kakak qiha. Kalau dah scan 4D confirm kita nak tahu jantina dia kan,kan???A'ah saya sudah mengetahuinya hihihihi...nantilah kongsi dengan u all's once dah officially okey :)
Okey untuk persiapan baby sudah dibuat sedikit, cuma aku masih menunggu Pureen Warehouse Sales. Bila warehouse sale harga dia murah sedikit tapi yang xbest orang pasti ramai..huhuhu..Benda murah sape tak nak kan!!!Dalam duk menaip post ini terlihat lak warehouse My Dear yang akan di adakan pada 27 Feb - 9 March 2014. Sape2 free jom terjah....
Aku pening fikir pasal breast pump hakikatnya dalam kepala dah set satu brand cuma tidak tahu nak beli kat mana...nak beli on9 takut hati tidak berasa puas, ya la klau beli kat kedai boleh tanya macam2..Sape ada tahu kedai2 breast pump yang murah silalah info saya ;) xkisah lah brand ape2 pun =)
Bab ini pun pening nak di fikirkan, set semasa berpantang/jamu berpantang???Mmmmmmm produk apa yang terbaik eh untuk di gunakan semasa proses pantang, produk yang boleh melangsingkan badan ^_* Pengalaman anak pertama saya menggunakkan produk leesa formula tapi tidak tahu mahu mengekalkan penggunaan produk tersebut atau x..makkkkkkk feninggggggggggggggg!!!!
Untuk bab nak bersalin kat hospital mana?yang ini aku tidak berapa fikirkan sangat kerana bagi aku, kita tidak tahu bila sakit bersalin itu akan tiba..Just kita ada jangkaan hari untuk bersalin berdasarkan tarikh period kita "Kita hanya merancang Allah yang menentukan" So nanti dah mula rasa tanda2 bersalin terjah jew mana2 hospital yang berdekatan dan semoga bersalin ke-2 ini akan di permudahkan seperti bersalinkan kakak qiha..InsyAllah.
Harap u all ley menyelesaikan kepeningan yang aku sedang alami..hihihi
Ape2 thankz kerana sudi singgah blog kite ;)
jaga diri baik2 ya..
ReplyDeleteInsyAllah yui ;)
Deletedgn aku pon x nak share ke...eleh..ekshen tau
ReplyDeleteala syg3x..t i talk with u yer ;)
Delete