Iklan

Jul 23, 2013

Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan

Assalamualaikum... Selamat berpuasa...pejam celik, pejam celik sudah nak masuk separuh ramadahan kita berpuasa. Bulan Ramadan tahun ini tidak banyak NN makan di luar..semua home made, bersilat di dapur..huhuhu...Alhamdulilah bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang oleh Allah s.w.t untuk berpuasa di Bulan Mulia ini...Ameen..Okey berbalik pada tajuk di atas...macam mana boleh tersesat ke Tanjung Harapan Klang??? 

Sebenarnya semalam dalam pukul 4.00 petang NN pergi visit adik yang kena tahan wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..Dia kena tahan wad sebab faktor muntah2 hampir 20kali..Amat risau akan keadaan kesihatannya serta baby dlm perut en husbandnya telah membawa dia ke hospital..maka adik NN telah pun ditahan kerana badan telah terkurang air...Baby Alhamdulilah sihat dan tiada masalah...semalam sebanyak 6 botol air garam dimasukkan dalam badan beliau...katanya sakit..huhuhu..NN sampai di hospital lepak3x hampir sejam setengah hiburkan budak manja yang suka duduk di bawah ketiak maknya..En husband dia sentiasa di sisi beliau so tidaklah NN & suami risau...Jesteru itu kami pun beredar kerana mahu mencari tempat untuk berbuka puasa... 

Dalam perjalan menuju ke kereta tiba-tiba NN teringat kedai makan di klang, time bercinta cintun ada juga la datang sini...kemanakah???hehehe..NN bagi idea pada En Suami..dan En Suami terus setuju..Alhamdulilah dia masih ingat jalan menuju ke Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan so sesi terjah untuk sesi berbuka puasa di sana-sana3x...

Bertahun-tahun tak datang sini terlalu banyak perubahan...bertambah cantik...teruja sekitar tanjung harapan tambah2x boleh dapat melihat sunset...sungguh indah ciptaanNya..ok dah siap parking di tepi jalan...NN suruh En Suami & Qiha posing3x lah di depan kedai itu...hehehehe...masuk je medan ikan bakar ini terus memilih seafood yang hendak di melantak..hihihi...kat sini ada surau, toilet yang bersih, pekerjanya ramai dan cekap untuk melayan pelanggan...Tonon2 nak la duduk di tepi2 laut..tapi agak kecewa kerana semua telah pun di booking...kepada korang yang bercita-cita hendak makan kat sini & nak mengadap laut sila2lah booking dulu tau...jangan kecewa cam NN...Jom lah kita view gambar2 NN...

Kepada siapa2 yang nak booking sila-sila telefon..memang ramai orang datang makan kat cini...Dua jantung hati kena paksa jadi model untuk NN =)
Ini antara seafood yang sempat NN capture..malu sebenarnya nak ambik2 gambar...coz nampak cam overkan...hahahaha..

Sebelum makanan sampai..apa lagi boleh buat...ambik gambar lorh..banyak g aksi NN...tapi cukuplah picture ni untuk dikongsi ;)

Ok ini lah menu yang kami order...Ketam masak 3 rasa, Sotong Tepung, Tomyam Ayam, Menu wajib telur dadar...Air Asam yang diberikan pada setiap meja amat meletop ok...memang terbaik kuah asap...terasa rugi tidak ambik ikan bakar kerana NN amat kecewa sedikit kerana ketam yang dipilih ketam yang sudah lama...kira xfresh :( part sotong sedap..qiha makan habis okey termasuk janggut sotong...tiada pembaziran

Menu sebelum dan selepas..Alhamdulilah bersyukur dengan rezeki berbuka ini...Kenyang perut & sangat sonang hati.....Semua total makan berbuka kami RM62.30...selepas membuat pembayaran kami pun pulang...Ada rezeki kami datang lagi =)


10 comments:

  1. penah sambut besday my mum kat sana, service lambat, ada order yg tak dapat, pastu makanan x fresh pon, hurm trus band smpi skrg, konon nk pegi jauh sbb nk kelainan, udahnye mmg kelaut, Aroma Ikan Bakar lagi sedap n jauh lebih murah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. services kite tip top smlm..tapi tuh lah ketam xfresh =( ya saya setuju Aroma ikan bakar the best..oohhh butter prawn aroma yg gler3x best =)

      Delete
  2. ala bru nak tlan ailio tgk ketam....tp mmg spoil la ketam xfresh kan! grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia..terpaksa telan juga coz ketam herga dia mahal..huhuhu

      Delete
  3. Replies
    1. Kancil kat tawau g sedap kot..coz smua seafood fresh3x..

      Delete
  4. amboi meriah makan2 tu... tq ke blog KA , done follow sini juga yer

    ReplyDelete
  5. Pegi sana last week. Makanan x la sesedap mana, biasa2 je. Ikan, sotong ,udang langsung x segar. Service agak lambat sebab masa tu rmi org kot. Paling x best Ketam masak cili guna perisa tomyam. Harga pun agak mahal. Klu nak mkn seafood i recommend dkt senadung malam bagan lalang. Seafood segar dan murah. Hri tu mkn 2org rm65 berbanding dengan muara ikan bakar rm86 dengan kuantiti dan menu yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seafoodlover ok t I try Senadung Malam Bagan Lalang ;)

      Delete