Iklan

Aug 30, 2013

Merdeka Raya 2013

Assalamualaikum,

Hari jumaat yang mulia dan penghulu segala hari...Hari ini aku hadir ke tadika kemas qiha, untuk turut sama meraikan Merdeka Raya 2013. Pukul 8.00 pagi aku menghantar qiha, kebiasaannya qiha nak papa yang hantar ke tabika!!nasib hari ini dia tidak banyak ragam suruh papa hantar...faktor qiha suka papa hantar kerana ia hendak berdukung apabila menuruni tangga..budak2 sekarang memanglah bijak2 belaka.

Masuk sahaja tabika, kanak2 teruja tengok aku dan qiha kerana baju kami sama. Semua kanak2 berkata "eh baju qiha sama dengan mama dia lah" aku tersenyum je la tengok gelagat kanak2 ni. Aku pun masuk dan bersalam dengan guru tabika dan membantu mereka dalam menyediakan juadah untuk menyambut Merdeka Raya. Kanak2 pula diberi tugas untuk mewarna jalur gemilang, sambil mewarna kelas sudah menjadi seperti pasar...teringat masa zaman2 sekolah, memang tak sah kalau tak bising dalam kelas. Aku bangga tengkok kanak2 ni walaupun bising tapi mereka tetap menyiapkan tugas mewarna jalur gemilang itu...

Pengerusi tabika tiba maka bermulalah acara Merdeka Raya 2013. Pengerusi memberi ucapan dan kanak2 tabika membuat persembahan nyayi lagu Tanggal 31 dan lagu raya Balik Kampung sambil mengibarkan jalur gemilang. Sangat bersemangat mereka menyayi, satu kampung boleh dengar. Selepas menyayi kami semua bergambar kenang2an dan selepas itu apa lagi acara makan sampai baliklah. Menu yang disediakan memang sedap ada nasi impit, rendang ayam, laksa, bihun goreng, nasi lemak, kek2, kuih muih dan macam2 lagi...hehehe

Terima kasih pada cikgu kerana sudi menjemput & Terima kasih cikgu kerana telah mendidik serta menerapkan kanak2 ini untuk mencintai tanah air dengan menyambut Hari Kemerdekaan di tabika. Majlis yang simple tapi amat meriah dengan gelagat kanak2.





Selamat Hari Kebangsaan yang Ke-56 "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".

No comments:

Post a Comment