Iklan

Aug 27, 2013

Suraya Seafood Kg Baru

Assalamualaikum,

Hari ini nak bercerita tempat makan yang popular dan sentiasa penuh dengan orang ramai. Rasanya kedai makan ini tidak perlu di perkenalkan lagi kerana ia tidak asing kepada penggemar makanan pantai timur dan sawadikappppp makanan thai...setiap makanan yang dihidangkan tidak pernah mengecewakan nico, sedap ok..boleh di katakan hampir setiap petang nico akan menjamu selera di kedai suraya seafood. Pukul 6 petang kedai ini sudah penuh dan kepada pelanggan2 yang sanggup menunggukan akan berlegar-legar mencari meja yang akan kosong dan kadang2 terpaksa buat muka tebal berdiri kat sebelah meja yang sudah nak habis tuh..Begitulah gelagat-gelagat pelanggan2 setia di Suraya Seafood. Bukan sahaja orang melayu sahaja yang suka makan kat sini tetapi mat salleh pun suka tau..kepada kawan2 yang terfikir nak makan di mana petang ini, inilah tempat yang saya cadangkan Restoran Suraya Seafood Kampung Baru berhadapan dengan Bangunan Noor Arfa Batik...Jom view gambar makanan popular di sini....

Ini buku menu Suraya Seafood..Untuk tempahan silalah hubungi nom tel di atas, nico tidak pernah try book pun sebelum ini..normally walk in sahaja..

Menu yang menjadi kegemaran ramai adalah pulut mangga, kerang bakar, nasi bubur berlauk, sup celup, pelbagai jenis kerabu yang paling ramai makan adalah kerabu maggi, tomyam, ikan siakap sahaja yang ada kat kedai ini tau..kiranya kat sini macam2 adalah....so apa lagi selamat menjamu selera yer :D




2 comments: