Iklan

Aug 23, 2013

Penyebaran Buku Yang Boleh Memesongkan Akidah Umat Islam

Assalamualaikum,

Sempena Jumaat yang mulia aku nak kongsi tentang penyebaran buku yang boleh merosakkan akidah orang Islam terutamanya kanak-kanak. Pesanan untuk diri sendiri dan semua umat Islam sila pastikan buku bacaan anak-anak terutama versi kartun. Ini kerana semalam suami aku menunjukkan sebuah buku cerita kartun yang bertajuk "Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritkan". Aku melihat bahagian kulit belakang konon2x nak baca sipnosis cerita, biasalah buku ceritakan malas hendak baca isi didalam terus baca part belakang....senang khatam..hehehe...aku terkejut apabila tengok dibahagian belakang itu ia menyatakan "Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Kerajaan Allah, jangalah segan menulis emel kepada kami" Mulutku terus mengucap Astaghfirullahal'azim buku cerita apa ini???

Suamiku memberitahuku yang dia dapat buku ni di sekitar Tesco Cheras. Ada orang yang tidak bertanggungjawab sengaja memberi dan menyebarkan buku ini. Buku cerita ini diletakkan di dalam bakul motor di sekitar Tesco Cheras. Saya memohon kepada semua umat Islam supaya berhati-hati apabila dapat buku-buku percuma kerana takut ia akan merosakkan akidah kita semua. Korang tengoklah buku ini, kalau-kalau ada dapat cepat2lah buang okey..Semoga Allah melindungi kita semua..ameen.

Inilah Muka Depan Buku Yang Hendak Memesongkan Akidah Umat Islam
Ini bahagian belakang sekali...
Antara isi kandungan dalam buku ini.....

Saya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan buku ini.

 

Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan Islam

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam adalah di haramkan.

 

Rayuan Gereja Katolik ditolak Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas mereka sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik.

 


 




6 comments:

  1. menakutkan...hrp pihak berwajib pantau lah bnda2 cenggini...nasib ko sempat 'tapis' b4 bg kat sesapa baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt menakutkan versi kartun lak tuh..tektik2 mereka hendak mempengaruhi pemikiran anak2 Islam :( Semoga pihak berwajib memantau perkara ini...

      Delete
  2. Replies
    1. yup mmg bahaya terutama kt bdk2 sebab mrka mggunakan nama Allah dlm buku cerita tuh..

      Delete