Iklan

Sep 24, 2013

Pulau Mabul - Part 3

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi singgah blog kite...hehehe, Kalau rajin jemput3x click ruang iklan yer =)
Hari ini nak bercerita tentang Pulau Mabul..Yeahhhh Alhamdulilah tercapai gak hasrat yang di pendam2x selama ini nak melihat sendiri Pulau Mabul.

Okey korang ingat tak kisah Lahad Datu??Sebenarnya kami ada niat untuk membatalkan family vacation tuk tahun 2013 kerana fikirkan keselamatan hihihi...cuak okey bila dengar berita pasal Lahad Datu di media massa..Alhamdulilah ketangkasan anggota keselamatan area sana sudah kembali aman..So kami pun meneruskan agenda yang telah pun di booking :)

Untuk ke Pulau Mabul kami mengambil jalan selamat untuk membuat tempahan bot dengan pihak Dragon Inn..Deal gan hotel, bot memang mahal RM400 untuk sehari..Untuk makluman Jeti untuk ke Pulau sangat dekat dengan Dragon Inn(jalan kaki sje dari bilik nmpk lah jetu tuh)..dan Harga bot yang ditawarkan kt jeti lebih murah dalam RM250 untuk 1bot..So kenalah pandai u all nego nanti kt jeti tuh =)

Perjalanan ke Pulau Mabul ambil masa 45minit...Pemandangan ke Pulau Mabul amat menduka citakan...Banyak sampah sarap di lautan itu :( mereka tidak berapa menjaga kebersihan laut...Malu kat pelancong2 asing yang datang :( Hope sangat pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya..

Pulau Mabul merupakan sebuah perkampung, kat situ ada sekolah tau..Sampai di Pulau Mabul wwwwooowww terpegun dengan kecantikan air laut..Ada yang hijau, ada yang biru..Jernih gler...Tapi sayang coral banyak yang dah mati =( ternampak duri landak laut & tapak sulaiman sahaja yang hidup...ikan pun xberapa banyak saya nampak...Saya snorkeling pun xberapa best kerna batu karang dah jadi warna putih dan tidak bercolour2x ceria seperti pulau2 lain..Pengalaman yang best dapat snorkeling di laut biru gelap..bila tengok bawah tak nampak apa2 wei..memang gerun tak tahu berapa jaoh kedalaman laut tuh..Korang kena try..memang the best!!

Menaiki bot untuk ke Pulau Mabul
Saya tidak pasti pelantar apakah, terlupa nak bertanya...
Inilah Pulau Mabul
Cantikkan Air Laut Pulau Mabul
Ohhh jangan terkejut bila korang sampai sini melihat kanak2 ini datang kepada bot korang..coz mereka mencari rezeki dengan meminta sedekah (Terpulang r kat korang nak bagi makanan, duit @ xnak bagi) & jangan terkejut kalau mereka tidak berpakaian yer :D
Snorkeling time..Time kami tengah asyik snorkeling kami ada nampak polis(Bot Hitam) membuat rondaan di Pulau Mabul..So tidak perlu ragu akan keselamatan di sana, InsyAllah selamat semuanya :D
Hasil tangkapan hari ini..Tapak sulaiman...Boleh pegang sahaja okey..xmau seludup masuk dalam beg okey ;D
Wah tengok muka adik saya..gembira bangat!!!Nampak berbeza colour air laut tuh..yang biru gelap tuh la tempat saya tersnockeling..air dia dalam bebenor..gerun mak!!!

Cuba teka ape yang kami sedang buat & lihat???Sape betul saya bagi gula3x :P

Dapat teka x??of course tak kan??Mama terbeli ikan segar...ikan ini baru tangkap tau, dek geram tengok ikan3x ini mama pun belilah 1kg RM4.00 murahkan???Katanye nak hantar kat kedai suruh masakkan...
 
Gambar terakhir untuk Pulau Mabul..Rock x adik ini???Tengoklah airnye memang jernih bangat..Cantik & Indah sungguh ciptaanNya =)



4 comments:

  1. pes taim tgk tapak sulaiman yang bercolour2

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk jom perhentian next year...xguna passpord pun =)

      Delete
  2. tidak dapat dinafikan sal kebersihan perairan di daerah Semporna...apa boleh buat...Kancil sendiri pun malu...sal pelantar minyak tu..sebenarnya diangkut di perairan Laut China Selatan dan dibawa ke Tawau...tapi disebabkan kes Indonesia tidak mahu Malaysia gali minyak di area Tawau (kawasan Malaysia juga) Malaysia terpaksa batalkan niat untuk bawa pelantar minyak tu ke Tawau. Tersangkutlah dia di Mabul nie...apapun ia dijadikan tempat memancing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow nice info..thx kancil..Hope sangat pihak bertanggungjawab mengiatkan xtvt menjaga alam sekitar..Kalau x jaga skunk maka ia akan pupus di masa akan dtg...t anak cucu kite tdk dpt tgk keindahan & kecantikan alam sekitar lagi :D

      Delete