Hari ini aku diberi sedikit ujian dariNya...Apakah???Jom selami luahan hati ini..hehehe..xtvt di pagi hari bersiap3x untuk pergi ke kerja(mencari sesuap nasi)..Faktor kesesakan lalu lintas di waktu puncak menjadikan aku malas hendak membuang masa di dalam kereta. So hari2x encik husband lah yang akan menghantar & mengambil aku..sweet x???menjadi pembonceng setia dan hari2x rempit..hehehe...
Hari ini aku naik motor seperti biasa..wei duk belakang wat relax jer brader... ape lagih nak buat maka aku pun berkhayal lorh :D Tetiba dalam berkhayal aku dikejutkan dari lamunan break emergency...dalam sekelip mata berdentuuuuuummmm a.k.a berciumlah motor en husband dengan kereta myvi berwarna hitam...ooohhhh disebabkan ketangkasan en husband mengawal motor, kami tidak jatuh cuma di sebabkan oleh break emergency, motor pun jadi tidak tentu kehala dan dalam sekelip mata bahagian kaki kiri ku terasa sakit dan apabila di lihat ada kesan calar dan terasa denyutan kesakitan...Aduhhh air mata kesakitan & ketakutan telah menyelubungi diri ini..sob3x...
Empunya kereta keluar dari kereta....tub3x dia nak salahkan kami kerana mencium keretanya..Hello gurgurl u tengok dulu kesalahan u???Terus dia tersentap & terus bertanya u okey???Aku bagitahu suamiku yang kaki aku sakit sangat that gurgurl pun risau tengok diri aku..siap tengok kaki aku yang ada sedikit kesan calar & that gurgurl sangat prihatin untuk menghantar aku ke klinik dengan keretanya..En husband pun turut risau siap tanya nak terus pergi klinik??Aku cakap xpelah xde luka..Tidak mahu panjangkan cerita gurgurl memberi no telefonnya dan kalau ada apa2 dia suh telefon.Kami pun just ambil no plat keretanya..So En Husband bertanya nak pergi klinik ker? Aku cakap xpe lah, nak p kerja (gigih tak saya???) Alhamdulilah aku sampai di tempat kerja seperti biasa..dan sekarang masih terasa denyutan kesakitan & ditambah dengan kesan lebam kebiruan..Usahanya aku lakukan hanyalah dengan menuap kaki ku dengan air panas, harap semua akan okey ;)
Okey korang nak tahu kenapa aku cakap gurgurl tuh salah!!! walaupun kami mencium keretanya???Ini kerana dia seorang pemandu yang pentingkan diri sendiri dengan memandu di laluan emergency!!!Dalam masa dia tengah laju memecut di laluan kecemasan tetiba ada kereta di depannya turut serta memasuki emergency lane tanpa memberi isyarat..maka di situ lah ia bermula, myvi nya membuat break emergency termasuklah suami ku..
Itu sahaja luahan hati aku untuk hari ini..Kepada semua pemandu ikutlah peratuan jalan raya, berilah signal apabila ingin menukar laluan & jangan nak pentingkan diri sendiri dengan mengambil jalan pintas menggunakan laluan kecemasan di waktu kesesakan lalu lintas.
Hikmah luahan hati diuji oleh Nya supaya kita kena lebih berhati2 di masa akan datang :D
di Sabah nie pun banyak kes macam nie...suka hati mereka main masuk...apapun syukur masih selamat
ReplyDeleteAlhamdulilah..Smoga ujian kecil ini menjadikan sy lebih berhemah di jln raya ;)
Deleteselalu sngat jadi.. mengucap dibuatnya..
ReplyDeleteItulah..Semua ada hikmah d sebalik ujian ini :D
Delete