Iklan

Sep 23, 2014

3 Bulan Sudah

Assalamualaikum semua,

Wow lama giler saya tidak berceloteh di sini...terima kasih kepada yang sudi membaca blog sy yg tidak seberapa ini kalau rajin sila2 lah click ruang iklan yang ada di atas, kanan & bawah blog sy nih...hu3x.... Entry hari ini sy nk kongsi2 tips :D Semoga dengan perkongsian ini boleh memberi sumber ilham kepada u all's...Alhamdulilah mempunyai sedikit ruang waktu untuk berkongsi tips dengan bakal2 ibu or ibu2 :D Ini pengalaman saya bersalin anak ke-2..Entry lepas Clik sini ok dah baca??? Tengok lamakan sy tidak berblog!!!Masa amat menceburui sy untuk meluangkan masa di sini..hihihi..ok2 malas nak berceloteh g!! Jemput baca ya...

Set pantang
 Kalau beranak 1st pun mesti pening nak fikir set pantang apa kan??tapi saya anak ke-2 pun fening duk fikir nak guna set pantang apa!!!Untuk anak pertama dulu saya guna produk Leesa Formula..Alhamdulilah berpuas hati juga coz body blh kembali mcm dulu2x kala..Untuk anak ke-2 saya cuba produk Anugerah, pun ok juga dgn diri ini :D losyen dia memang hangat gler, nak kurus macam biasa terpaksalah saya hadap..yg ni saya ambik set normal. So kalau dah ambil set pantang dah cukup dah bagi saya ini kerana saya tidak follow sgt pantang orang dulu2x..

Menu Berpantang
Bab makan kena jaga time berpantang..Saya pantang makan 2 minggu jew hihihi coz jahitan dah okey so kasi bedal je apa yang terasa nak makan tapi dalam kuantiti yang sedikit r (still ada perasaan takut) Untuk minggu pertama dan ke-2 biasanya makan sup ikan merah, ayam kicap, ikan merah stim dalam setiap masakan tuh mak dah letak siap3x sayur seperti tomato, kacanga pjg, carrot, kobis. Tiada bakar2 pun dalam menu pantang saya. Lagi satu nurse cakap jangan makan lada hitam coz dia blh sebabkan anak jadi kuning..So menu saya tiada juga lada hitam.

Breast Pump
Untuk anak 1st saya tiada knowledge pasai breastfeed. Terasa rugi jew xbuat penyusuan selama 2 tahun. So now dikelilingi oleh mereka2 yang breastfeed maka hati ini membara dan berusaha untuk menyusu baby selama 2 tahun..InsyAllah..Stock susu dah banyak dalam peti ais happy u all tgk susu berlambak2 dalam peti ais ;) Untuk yang kedua saya membuat beberapa pilihan breast pump juga r dan mengambil kira saya ini seorang yang busy dengan tanggugjawab harian maka saya mengambil keputusan membeli set freestyle dari Medela. Saya pergi beli terus kat kedai tau sebab nakkan kepuasan membeli xmau beli on9. Saya beli kat sini PumpOnTheGo  kalau nak murah sikit tengok promosi dia k. InsyAllah u all's ley dapat a few free gift :D Kepada yang kurang susu boleh dapat ubat hormon bagi tambah susu. Sila dapatkan dari klinik or hospital ok.

Baby Kuning
Pengalaman yang menakutkan saya apabila baby saya kena kuning yang tinggi dimana bacaannya mencecah 300++. Saya terpaksa bermalam di hospital selama 4 hari 3 malam, itu pun saya yang minta discharge sebab dah tidak larat duduk hospital. Selama duduk hospital kawan2 datang melawat dengan bagi pelbagai petua2 so lepas blk dari hospital baby dah jadi bahan eksperimen. Saya bagi sengkuang cina & susu kambing bagi dalam kuantiti yang sikit. Bahan mandi pulak daun inai, serbuk teh, perahan kuchai, daun dukung anak dll. Tapi klau korang nak tahu petua sebenar untuk hilangkan kuning adalah SUSU IBU. U all's kena penyusukan baby dengan kerap 2 jam sekali, kalau dia tidur kejutkan dan bagi sahaja susu. Apabila dia banyak minum susu maka dia akan berak dengan kerap dan najisnya pun berwarna kuning itu merupakan proses yang sebenar untuk menghilangkan kuning pada baby. Ada baby senang untuk turun bacaan kuning tuh, tapi baby saya agak sukar hampir sebulan juga bacaan tuh nak kembali stabil..Alhamdulilah dengan izin Allah baby saya sihat.

Okey inilah petua and tips yang nak di kongsi. nama baby saya Muhammad Fakhrullah Ammar. Panjangkan nama dia???hehehe nama tersebut dipilih kerana ada maksudnya yang tersendiri :D Semoga Muhammad Fakhrullah Ammar menjadi anak yang beriman, taat pd Allah swt, taat pd papa & mama, baik, bertanggungjawab, cerdik dan menjauhi larangan Allah swt.

Nanti saya akan belanja gambar baby k ;)
 
Sekian.








No comments:

Post a Comment